1. Merancang malam sebelumnya:
Perancangan malam sebelumnya adalah cara yang baik untuk mendapatkan fokus pada hari berikutnya.
"Tidur" pada tugas-tugas
dan matlamat anda untuk hari berikutnya benar-benar boleh
membantu minda anda menjangkakan
apa yang akan berlaku. Ia akan menyegarkan minda anda untuk fokus terhadap kerja.
2. Mulakan dengan hari yang baik:
Memulakan
hari dengan sarapan yang baik, sekiranya mempunyai masa, digalakkan membuat
senaman ringan dalam menetapkan hari anda untuk lebih produktif.
3. Bersihkan diri anda:
Anda lebih cenderung
untuk menjadi produktif sekiranya diri anda dalam keadaan terbaik. Bukan
hanya untuk bekerja sahaja tetapi membuat tugasan-tugasan lain (aktiviti
mengemas rumah, mini projek, tugasan kuliah & sebagainya). Ini akan
meningkatkan kualiti kerja. Ambil masa untuk membersihkan diri anda sebelum
bekerja keras pada hari tersebut.
4. Bahagikan kepada tugas-tugas kecil:
Untuk
memulakan satu-satu tugasan yang besar, bahagikan kepada tugas-tugas/tindakan yang
lebih kecil. Pastikan langkah-langkah tindakan (senarai semak) adalah tindakan kecil. Sebagai contoh mudah, tugas
untuk mengadakan rumah terbuka, cuba bahagikan kepada “bajet”, “senarai menu”, “bilangan
tetamu”, “rancang masa memasak”, “lokasi” dan sebagainya.
5. Keteraturan / tertib:
Jangan
bebankan diri anda dengan membuat semua tugas dalam masa yang sama. Wujudkan
aturan/tertib kerja yang seuai dengan anda dan seterusnya dapat mengekalkan
fokus anda.
6. Menetapkan had masa:
Menetapkan had
masa untuk menyiapkan tugasan adalah cara untuk kekal bermotivasi dan memberi tumpuan kepada
tugas. Manusia pada hakikatnya lebih terarah untuk
bersikap menangguhkan kerja. Dengan menetapkan had masa, sesuatu kerja dapat diselesaikan
dengan tempoh masa yang telah ditetapkan.
7. Kekal bermotivasi:
Kadang
kala, ada seketika anda tidak dapat menumpukan perhatian anda kepada kerja.
Anda boleh mengekalkan motivasi anda dengan membaca bahan bahan rujukan
bercirikan motivasi dan ini akan menjadikan anda bersemangat dengan minda yang tersedia dan
sebagai peringatan terhadap kerja anda.
8. Niat
Apa yang paling penting niat kita untuk bekerja kerana Allah.
No comments:
Post a Comment