Saturday, July 4, 2009

Segenggam Tabah

Pagi pagi lagi roomate aku kejutkan aku gi keje. Dah jam 5.45am, salu bangun jam 5.25am. Aku dengan pantasnya gi buat ape yang patot n sempat kuar jam 6.55am, sebelum jem kat bulatan besar putrajaya tu. Pas beli makanan dengan gerai kegemaran, terus meluncur laju ke opis.

Tup tup..hujan lebat, tetiba..oppss..viper keluar dari arahnya...huhu..sangkut lagi sket..so balik umah n tunggu kat umah..n tgu kedai bukak..

Walaubagaimanapun, bukan viper yang mendatangkan masalah, tapi bila dah duk umah, dapat online YM..dapat berjumpa dengan member yang lain n berdiskusi ngan depa yang selama nie, memang kalau dah masuk opis..bukan main lagi aku tak terlayan.

Hehe..time nie tgh dengar lagu micheal jackson time dia ngan abg abg dia dulu, Jackson 5. Lagu Ben. Sedap jugak layan..

Pas tu keluar lagu Segenggam Tabah dendangan In-team.

Sweet sangat lagu tu...bila menhayatinya rasa aamat tersentuh...
Rasa bersemagat untuk belajar n bekerja..




SeGeNgGaM tAbAh (Inteam)


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Guugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Ditempah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnyatetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan takdirmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup di palu
Pasti bertemu tenangnya



p/s to all my special fwens, love u all

Thursday, July 2, 2009

Keseronokan Bekerja - Takutkan Kamera ilaahiah


by Mohd Zawawi Yusoh

Tazkirah Remaja: Usah takut CCTC, takutkan kamera ilaahiah



Islam sebagai agama lengkap dan terkini merakamkan berpuluh ayat dalam al-Quran menekankan dan mengutamakan pekerjaan.


Bertuah benar mereka diraikan ini iaitu pekerja sama ada pekerja syarikat swasta ataupun pekerja kerajaan. Semuanya menyumbang.


Bekerja bukan sahaja dapat gaji dan prestij, tetapi bekerja itu satu nikmat kerana antara kenikmatan dan keseronokan dalam kehidupan ini ialah apabila kita bangun tidur sahaja ada tempat yang akan kita tuju iaitu ke tempat kerja.


Cuba kita lihat berapa bosannya hidup ini apabila kita tak ada tempat yang kita boleh pergi. Mereka yang tak ada kerja bukan sahaja tertekan, tetapi juga malu kerana berlengkar di rumah saja.


Saya bekerja ini sebab ‘cari makan’, ‘dah terpaksa nak buat macam mana kena sara keluarga’, ‘saya nak khidmat kepada masyarakat.’Begitulah ungkapan yang sering kedengaran daripada pe kerja apabila ditanya apa tujuan mereka bekerja.


Jom kita muhasabah diri mengenai kerjaya kita!


Pernahkah kita tahu bahawa matlamat hidup dan bekerja ada yang lebih utama dan lebih besar daripada sekadar cari makan dan membangunkan negara.Kalau nak tahu matlamat hidup dan bekerja jangan tanya kita, tetapi tanyalah Pencipta kita. Jawapan Pencipta adalah tepat, malah bukan sekadar tepat sahaja, tetapi menjamin kejayaan lebih mutlak iaitu berjaya dunia dan akhirat.Pencipta kita ialah Allah. Jawapannya terkandung dalam kitab suci yang penuh keajaiban.


Maksud firman Allah:


Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaku


Makna daripada ayat itu ialah bagaimana nak jadikan segala aktiviti hidup kita sebagai ibadat, 24 jam sebagai ibadat. Memang kena beribadat sepanjang masa sebab kita di ciptakan hanya untuk beribadat. Yang ibadat memanglah ibadat. Solat adalah ibadat dan ketika solat memang kita rasa sedang beribadat. Ketika berpuasa kita rasa sedang beribadat. Ketika menunaikan haji kita rasa sedang beribadat sebab haji adalah satu ibadat.


Penting sangat di sini ialah bagaimana segala aktiviti kita yang lain, sekali pandang tidak berwajahibadat seperti makan, minum, berjalan, berhibur, bersukan dan segalanya mesti ‘adjust’ biar bertukarsupaya mempunyai nilai ibadat sebab kita dicipta supaya beribadat. Dalam Islam, syarat pertama untuk menjadi pekerja ibadat ialah kena jadi hamba Allah.


Apabila sudah menjadi hamba Allah barulah kita layak memegang jawatan sebagai khalifah. Khalifah bermaksud pemegang amanah atau apa sahaja tugas yang diamanah kan.


Hari ini pekerja yang ponteng, curi tulang, rasuah dan sebagainya ialah kerana mereka hanya pegang amanah, tetapi masih tak dapat ‘title’ hamba Allah. Hamba Allah ialah segala kerja berasaskan yang wajib mesti buat, manakala yang haram mesti tidak buat.


Suruhan majikan, taat pada bos adalah wajib sebagaimana taat pada Allah selagi tidak bercanggah dengan kehendak Allah.


Mereka meninggalkan larangan di organisasi bukan ta kutkan tindakan disiplin sahaja, tetapi kerana arahan bos yang paling atas iaitu Allah. Jadi walaupun tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang mengintip pekerja ketika bekerja, tetapi ‘kamera ilaahiah’ intipan Allah dengan keagungan-Nya membuatkan pekerja berbuat dan meninggal larangan tanpa pengawasan majikan.


Mereka bukan sahaja takutkan kena tindakan disiplin apabila berbuat salah, tetapi yang lebih menakutkan mereka ialah azab neraka. Bagi pekerja yang berjiwa hamba Allah kerja adalah tanggungjawab. Tanggung kerja betul-betul nanti jawab betul di hadapan Allah. Jika tidak betul kerja nanti jawab juga tidak betul di hadapan Allah.


Untuk menjadikan sebarang aktiviti sebagai ibadat ada enam syarat.


Pertama: ikhlas dan ikhlas itu ada dua makna buat kerana Allah dan satu lagi rasa bersama dengan Allah. Apabila rasa Allah bersama kita, di sinilah datang kualiti, tidak tipu, tiada curi tulang dan sebagainya.


Kedua: kerja yang dilakukan mestilah halal.


Ketiga: proses mendapatkan hasil mesti betul.


Keempat: dibuat dengan ‘itqan’ iaitu dengan bersungguh-sungguh dengan EMPAT E iaitu ‘effort’ (usaha), ‘efektif’ (berkesan), ‘efficient’ (cekap) dan ‘etika’.


Kelima: ada prinsip beragama. Bermesyuarat, mesyuarat juga, tetapi jangan sampai tidak mengerjakan solat. Kerja jangan sampai tidak tutup aurat dan sebagainya.


Keenam: jika ‘input’ (masukan) baik dan betul, maka cara menggunakan hasil usaha pun dengan cara yang betul.

Dialog SMS

Seorang rakan bertanya dengan rakan baiknya!

Rakan: Sejauh mana sayang mu terhadap ku??

Rakannya: Tak Jauh, sentiasa dekat di hati ku..

Rakan: .....

Sweetnyer..

Wednesday, July 1, 2009

Selamat berjuang Sahabatku


Hari ni merupakan ada perkara sedih lagi datang dalam hidup akuSeseorang yang aku kenali telahpun berpindah ke tempat lain..Sukar untuk menjangka apa yang terjadi sebenarnya..Hanya dia sendiri sahaja yang tahu..Setiap perkara yang bermula akan ada sudahnya


Begitu juga perjalanan hidup.

Mana tau tempat yang dia pindah nanti akan memberi warna warna kehidupan yang lebih mesra, lebih bersemangat dalam hidup dan bisa menempuhi liku liku kehidupan yang lebih mencabar. Pada kawanku itu, usah digenangi kenangan yang bisa membuat engkau jatuh. Terimalah yang setiap ujian yang diberikan olehNYA itu mampu membawa engkau jauh lebih tinggi ke mercu yang lebih gemilang. Aminn..

p/s x sabar nak makan sushi ngan member2 lab..

Tuesday, June 30, 2009

Mengenalimu merupakan Kesilapan yang terindah buatku



Terkadang timbul kemampuan kita
Pada detik kita disakiti dan dilukai
Cuma marah yang membara di dalam hati
Hanya keberanian menjadi senjata ampuh
Tenangnya hati kerana keikhlasan
Usah disesali kenangan yang lepas
Kebahagian datang bila disulam kegembiraan




Ini merupakan kesimbungan penulisan ku yang lepas..
Masih berkisar tentang kesedihan
Kenangan yang tidak seharusnya dikenang, muncul jua
Tapi apa gunanya penyesalan...

Hidup tetap diteruskan, walaupun pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi
Kuatkan akal fikiran nescaya segala rintangan boleh dibolosi
Keluhan, umpatan, kemarahan, kedengkian merupakan tenaga negatif.

Menurut buku The Law of Attraction, minda kita berupaya menukarkan tenaga negatif itu menjadi tenaga positif.

Sebagai contohnya.. jadikan musibah kepada peluang, rugi kepada untung dan susah kepada senang. Gunakan tenaga negative ini untuk meraih impian. Minda manusia juga berupaya untuk menarik sesuatu dari alam semesta. Kalau berfikiran senang, maka hasilnya senang dan semua orang di sekeliling kita akan dapat menangkap rasa senang itu daripada kita

Oleh yang demikian, usah ragu ragu..

Katakanlah terima kasih kepada orang yang menyakiti hati Anda.





Saturday, June 27, 2009

Perasaan itu datang lagi

Ligat kepala aku memikirkan perasan perasan yang datang tanpa diundang.
Aneh sungguh.
Sukar untuk mentafsirkan apa yang tersirat disebalik perasaan yang terwujud itu.
Adakah sekadar mencuri waktu terluang aku
Atau hanya mengusik kenangan dulu.

Argh..Tetiba lagu Gurindam Jiwa muncul di Winamp menggantikan lagu terdahulu..
Hati makin beban mengingat perkara yang lepas.. sungguh susah melepaskan sesuatu yang pernah jadi milik kita dulu...

Lalu aku tukar siaran..
Menukarkan lagu yang selalu dijadikan pengubat dikala perasaan2 itu datang




The Art of Letting Go

Put away the pictures, put away the memories
I put over and over through my tears
I've held them 'til I'm blind, they kept my hope alive
As if somehow that i'd keep you here
Once you believe in a love forevermore
How do you leave it in a drawer

Now here it comes, the hardest part of all
Unchain my heart that's holding on
How do I start to live my life alone
Guess I'm just learning, learning the art of letting go

Try to say it's over, say the word good bye
But each time it catches in my throat
You're still here in me and I can't set you free
So I hold on to what I wanted most
Maybe someday we'll be friends forevermore
Wish I could open up that door

Now here it comes the hardest part of all
Unchain my heart that's holding on
How do I start to live my life alone
Guess I'm just learning, learning the art of letting go

Watching us fade, what can I do
But try to make it through the pain
Of one more day without you

Where do I start to live my life alone
I guess I'm learning, only learning
Learning the art of letting go





p/s penatnya berjalan jalan kat midvalley..hehe..