Thursday, September 30, 2010

hari hari yang penat


Sejak menjak nie, selalu rasa penat, walhal tak angkat barang banyak pun, penat pikir kot..
banyak betul bermain main kat fikiran aku neh....segala remeh temeh pun terbabit sama..mana yang takde kena mengena ngan aku pun ade gak..huhuhuhu...

esok ada makan makan kat opis..mudah mudahan dapat melenyapkan kepenatan ku..walaupun seketika..






Saturday, September 25, 2010

setiap kejadian ada hikmahnya...

...Wahai TUHANku! Untuk ENGKAU sahaja segala puji, ENGKAU penerang segala langit & bumi serta segala apa yang ada di antara keduanya. Untuk ENGKAUlah segala puji, ENGKAU penegak segala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya. Untuk ENGKAU segala puji, ENGKAU Maha Benar dan janji ENGKAU benar, kata-kata ENGKAU benar, pertemuan ENGKAU benar, syurga ENGKAU benar & neraka ENGKAU benar, tibanya hari Kiamat adalah benar. Ya ALLAH! Kepada ENGKAUlah aku berserah diri, kepada ENGKAU aku bertawakkal, dengan ENGKAU aku beriman, kepada ENGKAU aku kembali & terhadap ENGKAU aku menentangi juga kepada ENGKAU aku merujuk kehakiman.

Ampunilah aku terhadap apa yang aku dahulukan, & apa yang aku nyatakan.
ENGKAUlah TUHAN yang mula & akhir serta tidak ada TUHAN melainkan ENGKAU
…Amiinn Ya Rabbal ‘Alamiiinn...

Sunday, August 15, 2010

kita hanya manusia biasa

Kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Benar kata orang kekadang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.
Ada orang ambik sesuatu isu itu lebih kearah positif and ada orang terarah kepada negatif.

Jikalau kita dapat membaca minda orang itu, alangkah bestnya. Boleh elakkan konflik yang timbul. Semua orang tidak sama dari segi pemikiran. Itulah menyebabkan persepsi terhadap satu isu itu berlainan bagi setiap individu.

Ada orang mengambil isu itu terlalu emosional. Lebih pentingkan perasaan hati sendiri dan tidak melihat atau meneliti isu itu dengan adil. Amat mudah sangat2 menyalahkan orang lain. Memberi hukuman terlalu awal..sebelum hukuman itu dijatuhkan.....adilkah?

Kita bukan tuhan dalam menentukan segalanya. Kita diberi pilihan...... kita apa yang kita fikirkan.

Renung renungkan.....


p/s cetusan rasa..semua orang mesti rasa...inilah kehidupan.


Saturday, August 14, 2010

Berbuka Puasa..

Lama jugaklah tak update blog nie, almaklumlah ader perkara perkara yang yang menyebabakan aku jarang mengupdatekan blog nie. Perkara yang memeranjatkan..suprise..pelik pun ada. Tapi, alhamdulilah aku masih berada disini tabah dalam menempuhi hari hari mendatang yang penuh dengan teka teki.

Sekarang umat islam di dunia menyambut ramadan. tiap kali datangnya ramadan, umat islam akan mempertingkatkan ibadah mereka kerana bulan ini merupakan bulan yang dinanti nantikan kerana banyak ganjaran pahala. Setiap kali itu juga, bazaar ramadan akan menjadi sibuk kerana ramai muslimin and muslimah datang membeli makanan dengan citarasa mereka sendiri..

Di kesempatan ini, aku berpeluang berbuka puasa di salah sebuah restoren di cyberjaya. restoren yang aku maksudkan itu adalah Restoren Saba'. Setelah berbuka puasa secara ringan dan solat maghrib..aku n kawan terus saja ke restoren tersebut ..kot kot tak ramai orang sebab time buka posa dah habis...time tu dalam 8.30mlm.

Aku order nasi + roasted chicken..n pineapple juice ..tambah lemon barbican. Nyum nyum..sedap sangat sangat..aku memula nak order yang RM10..memandangkan perut aku ngomel ..amik yang RM15...memang lazat sekali...







p/s ingat nakgi lagi..




Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..khas kepada mamaku..


Selamat Hari Ibu..mama...tanpamu siapalah aku..ku pohon doamu sentiasa..


(untuk tahun 2010..mother's day is 9 May..)


Thursday, May 6, 2010

ok..ok..ok..i'm fine

Ini adalah kesinambungan daripada cerita semalam.. So pagi aku aku keluar awal sedikit nak ke tempat keje....n minda menerawang jauh mengenangkan macam macam ...apa yang akan berlaku?, semalam? masa lalu..? yang lepas lepas?.... haihh..

Tapi bila teringat post semalam..memang agak susah nak terima.. Apa yang penting kita accept it totally ..(sukar..sukar..bila nak lupakan sesuatu apa yang kita tak mau ingat...), the best solution buat tatau.. n mengambil kejernihan daripada kekeruhan.

Kejernihan ape ek?.. tulah.. masa lalu a.k.a terlepas membuat kita lebih matang dalam menghadapi hidup ni. Contohnya, sebelum ni kita susah nak appreciate usaha orang..... lebih ingat pentingkan diri sendiri sahaja. Sebelum ni.. kita selalu berharap...bila dah beri harapan..dan harapan itu tak ditunaikan, memang kecewanya terasa sangat sangat.. dan ada kata kata menegur ..."kenapa perlu awak berharap... cuba awak tak berharap..takdelah kecewa sangat"... huh..--teringat kisah ditinggalkan..---teringat..bila bercintan tu jangan beri harapan sangat..

Hidup kita sentiasa diadili.. baik dari tingakah laku n apa yang tersirat di dalam hati..semuanya diperhatikan olehNYA...


The image is from: http://atypicalgirl.wordpress.com/2008/07/30/life-is-better-with-lists/