Tuesday, February 7, 2012

Kereta Kancil Part 2

Hari ni jam sebelas aku tiba tepat kul 11pagi kat bengkel. Bila datang, tgh buat lagi, sebab semalam dah siap, tapi bila on balik aircond, kena tukar lagi kompressor hari nie. so tunggu lagi sejam kat bengkel tu...so inilah bilnyer...


Kompressor Recon: RM300
Gas: RM45
Expansion Valve: RM 85
Dryer: RM55
Servis cooling coil: RM40
Servis condensor & piping: RM75
Aircon suis (Original): RM38
Total: RM638

Sempat juga aku snap gambar



p/s kalau salah label maaf ye!

Monday, February 6, 2012

Kereta Kancil

Pejam celik pejam celik dah 9 tahun dah aku dah bersama dengan kancilku. Sepanjang aku bersama dengan kancil tu, macam macam peristiwa. Aku ingat lagi beberapa kejadian accident berlaku, first masa seminggu keluar pada tahun 2003, dan dua kemalangan kecil, langgar pintu pagar n van (tapi tak teruklah)  dan eksiden yang paling teruk pada tahun 2005, lebih sebulan " dirawat" di bengkel. Lepas tu alhamdulillah, tiada accident yang besar...
Selain daripada itu, kancil aku juga mempunyai masalah tersendiri, tapi bermula tahun 2008 di mana enjin tetiba jadi panas, dan terpaksa tukar radiator satu set, dah ok. Tahun 2010, aku servis ekon, setelah 7 tahun tak pernah servis n tambah gas aircon.
Hari ini, aircon kancil aku tak berfungsi, tak sejuk, butang on/off dah rosak, dan berbunyi kuat dalam enjin. Dah rujuk kat mekanik, mula mula ingat butang on/off tu yang rosak, tapi bila tukar baru, berasap butang on/off yang baru tu, then baru suspect masalah compressor. 
Dari pemahaman aku, kena tukar kompressor, dryer, tabung, hos, valve, belt, servis ekon terus. Tgklah camne nanti bila aku ambik esok.


.:butang on off yang lama (bila buka dalam, terbakar):.

.:butang on/off disambung disini, mekanik test untuk check masalah ekon:.

ok..bersambung...

Sunday, January 29, 2012

Friday, September 2, 2011

worth it?

In the past 2 weeks, google ask me if i could pay $10 to maintain this domain name? over the past 2 years i keep reloading in keeping my blog survive. but nevertheless, i just use the basic function for writing my blog. wait n see until 15 September, meanwhile I just save my post until that day..



Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum,

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam aidilfitri. Ikhlas daripada saya & suami tersayang.



Thursday, August 25, 2011

Hanya sekeping pamplet…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kita masih diberikan ruang untuk bernafas di muka bumi ini. Pejam celik pejam celik sudah 25 Ramadan kita berpuasa, syukur kepada Allah..kita masih berkesempatan menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Di samping itu juga, terdapat program – program yang bercirikan keislaman di tv sempena bulan rahmat ini. Antara rancangan yang saya sukai sepanjang Ramadan ini, adalah Kalamullah (TV3), Dari Masjid ke Masjid (TV3) dan Jejak Rasul. Lanjutan daripada itu, hati saya sering tertanya-tanya mengenai satu lagu yang mempromosikan Jejak Rasul, agak meruntun sanubari saya tika mendengarnya walaupun hanya seketika.

Agak lama juga saya terfikir, namun keterbatasan waktu membuat saya tidak focus untuk mencari lagu tersebut, namun Alhamdulillah, saya telah menjumpai lagu tersebut tika saya hendak melayari satu laman web yang mempromosikan bahan printing yang didapati daripada sekeping apmplet. Kuasa Allah, apa yang terniat di hati, Insya Allah, akan ditunaikan… Cuma lama atau tidak.. itulah yang membuatkan saya terfikir, sekiranya kita berniat tidak baik..maka niat tidak baik itu yang akan muncul.. wallahualam..

Disini saya lampirkan lirik lagu tersebut;

Penyanyi: Sami Yusuf

Tajuk: Asma Allah

Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina