Wednesday, September 30, 2009

Gara gara bangunan bergoyang..

Isk isk..goyang betul bangunan tempat akut bekerja..panik seketika almaklumlah tak pernah merasai gegaran...mula mula tu aku persan yang tingkap opis tu..dah lain macam, seolah2 bergerak..then aku rasa meja aku turut bergoyang.. aku rasa pening n tetiba panik..terus je gi bilik bos then bagitau..punyalah aku kalut..bos aku relaks je ekeke..aku pulak yang lebih..yang klakahnya aku tinggalkan segala beg dompet , segala tepon atas meja aku dek ketakutan yang amat sangat..syukur alhamdulilah takde ape yang terjadi, memang 1st time aku merasa gegaran tersebut....n apa yang aku tau..aku masih lagi ada perasaan panik yang mana aku rasa dah lama aku tinggalkan hehehe..ke aku kah yang tak perasan yang aku nie salu panik..huhu..

then nak sambung citer, aku packing beg..cabut segala wayar then blah..sempat aku call bos nak tanya situasi..ok je dia..so aku pun gerak balik umah...

sampai umah..citer kat member..dorang tak pasan pun cuma ..ade member ni..bagitau yang kawan dia turut merasai gegaran tu kat shah alam..huhu..

tgk tv lak..ader bingkisan berita kat bawah gambar tv tu..menyatakan ada gempa bumi di sumatera, Indonesia. Kira kuat jugalah gegaran sampai mencecah 8 skala richter....

apa apa pun syukur alhamdulilah..moga esok berlangsung dengan suasana aman damai.

---------------------------------->>>>

Huhu..member ajak makan, sungguh aku dah kenyang...adekah kata tak sudi pulak..ekekeke..betullah tak lapar.....


Gempa 7.9 magnitud di Sumatera turut dirasai di Semenanjung

Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.20 petang tadi turut dirasai hampir seluruh pantai barat Semenanjung.

Menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.

Tuesday, September 29, 2009

Word 2007..Welcoming Word 2010

Sudah dua ari aku blaja word 2007 kat opis..since mula mula launch dulu, memang aku tak gheti sangat dengan word 2007...bila buka aje..tak tau mana nak save..mana nak bukak...rasa macam bercelaru..masa tu..still guna Word 97..huhu..betapa mundurnyer aku..tapi bila dah keje..segala galan yer ader teknologi so still guna yang lama iaitu word 2003....skang aku berada di kelas Word 2007....hehe..jangan marah kengkawan..korang semua mesti dah expeert giler ngan Word 2007..

So, dengar-dengar ader WORD 2010 akan dilancar..bila type kat googles..memang ader ura ura berkenaan dengan launching WOrd 2010....

Disini beberapa ciri - ciri yang diramalkan untuk Word 2010




Reference: (1 , 2, 3)

Sunday, September 27, 2009

wordpress

tatau nak letak tema ape kat wordpress tu, cuma skang nie suka citer pasal diri sendiri dan perkembangan semasa terkini diri sendiri sahaja. mebi ape yang dipaparkan dalam wordpress tu sama je dengan dalam web nie, biler baca balik ayat ayat dalam wordpress tu macam tak caya tu hasil karangan sendiri. Rasanyer menulis nie pun ikut mood juga kan huhu..seakan diary... mula mula nak cari theme n so on...lebih senang pindahkan contentnya semua kat sini aci tak?

Saturday, September 26, 2009

my other blog

I don't realize that i have another blog...soon I have to organize it. Here's it..is can be access at here

Wednesday, September 23, 2009

the ugly truth...it is really true?

Baru baru nie sempat gak tgk wayang, the ugly truth..rasanya dah lama dah kat wayang almaklumlah bulan puasa langsung tak masuk wayang. Bole dikatakan banyak perkataan2 nya agak kasar jugalah dan amik masa yang agak lama untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pelakon2 tersebut. Ceritanya agak stereotaip sedikit tapi diberi nafas baru mengikut situasi dan lokasi dimana cerita itu. Ianya berkisar seorang wanita yang sedang mencari pasangan dan pada masa yang sama menghadapi pelbagai cabaran ditempat kerja, berhadapan dengan teman sekerja yang tidak sehaluan dan seterusnya mendapat pasangan hasil daripada bantuan yang tidak sehaluan itu tadi..n tipikalnya wanita dan teman yang tidak sehaluan tadi akan bersama akhirnya?..walla.. hehe..memang sudah diagak..tapi aku harapkan kelainan pada pengakhiran cerita tersebut... Walaupun, agak konservatif sedikit tapi tidak dinafikan sebahagian daripadanya ada yang berlaku dikalangan kita. Dialog2nya yang yang mempunyai perkataan2 kurang sopan menyebabkan penonton berasa jengkel bila melihat begitu banyak dialog2 sedemikian. Rasanya penonton2 lebih suka cerita yang agak "cerdik" untuk mendalami cerita dengan lebih mendalam.

pada pendapat aku, sesiapa yang agak berani..bolehlah tonton filem nie...dan mendapat mesej2 tpikal yang disampaikan..

p.s tak terbaca baca lagi buku why men love b****h..bahaya