Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka 2009

Terlebih dahulu salam merdeka untuk semuanya.

Huhu..x tahu apa aktiviti nak wat pada malam merdeka..selain bersyukur menandakan bumi malaysia masih lagi aman damai. Aku rasa nak keluar rumah setelah 2 ari terperap dalam umah

Malam kemerdekaan sempat gak singgah kat downtown cheras. Phewwh..~ Jem giler sangat sangat. Sebelum nak pi tu, memang dah kena "warning" dek besfren, kata memang jem. Tapi nak sangat sangat gi tu, tu yang redah tu, sib baik ader besfren datang bersama-sama menjayakan sesi meround downtown.

Tup tup memang agak..bukan agak..memang ramai orang. Dari jarak satu kilometer lagi kereta dah mula bersusun.. Lantak ajelah, yang penting dapat masuk downtown, sape suruh gatal sangat nak datang. Just berserah, carik jer parking depan downtown tu... round dalam 5 menit, dah dapat parking.

Memang banyak barisan kedai, just beli kerongsang wat hosmate aku n some items yang aku rasakan perlu untuk dibeli, tak nak membazir sangat, just ronda ronda n tgk gelagat manusia ehe..macam pakar kaunseling lak..

Dah beli apa apa yang patut @2.30 kitaowang bertolak keluar, memang sesak.. sempat gak berbual ngan pakcik ..salah seorang pekedai.. jual baju guna benang nenas..erm.. dari filipin..bentuk baju kasual lelaki..memang sejuklah kalau pakai cuma si pemakai kenakan satu lagi t-shirt kecik, sebab baju tu jarang jarang.. Melalui pembacaan aku, memang aku pernah terdengar benang nanas nie, diperbuat daripada daunnya. Maybe skang nie baju yang diperbuat daripada benang nanas amat janggal sedikit tapi entah...nanti akan menjadi rebuatan pulak, takda siapa tahu kan? terutamanya kain pasang nanti..

ermm.. nak cari kain pasang diperbuat daripada benang nanas.. huhu

Sunday, August 30, 2009

Kehadiran insan dalam kehidupan kerana ada sebabnya (hikmah)

People come into your life for a reason, a season or a lifetime.
When you know which one it is, you will know what to do for that person..
When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support,
to aid you physically, emotionally or spiritually.
They may seem like a godsend and they are.
They are there for the reason you need them to be.
Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time,
this person will say or do something to bring the relationship to an end.
Sometimes they die. Sometimes they walk away.
Sometimes they act up and force you to take a stand.
What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done.
The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.
Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn.
They bring you an experience of peace or make you laugh.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy.
Believe it, it is real. But only for a season.
LIFETIME relationships teach you lifetime lessons,
things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson,
love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.

Thank you for being a part of my life,
whether you were a reason, a season or a lifetime.

what's happen is happen for a reason….

Sebelum aku ade postkan bila hati berdetik untuk berkata kata. Maybe bila baca ayat2 tersebut, rasa macam aku tulis dalam keadaan down. No, its only bila terdetik ..aku just postkan buat tatapan semua.

Rasa kecewa memang kerap terjadi dalam hidup kita tak kisahlah kecewa itu besar atau pun mudah dilupakan. Walaubagaimanapun, kita seharusnya tidak terus terus mengingati rasa kecewa itu kerana ada sebab yang tersendiri kenapa perlu kita kecewa. Cuba kita renung sedalam dalamnya, kita akan mendapat jawpaannya, Insya Allah.

Seharusnya kita berusaha untuk mencapai apa yang kita ingin capaikan tetapi jangan mengharap. Laksanakan apa yang dirancang, namun kejayaannya bukan terletak pada kita, tetapi kerana Keizinan Allah. Jika kita berusaha sekuat yang mungkin, tetapi Allah tidak mengizinkan maka kejayaan tidak akan diperolehi namun ada hikmah yang Allah sembunyikan. Allah Maha Adil, walaupun Dia tidak mengizinkan kita mendapat kejayaan atau perkara yang ingin kita capai pada waktu itu, maka itulah yang terbaik buat kita. Kita akan terus berdoa dan berusaha, dan pada waktu dan masa yang ditentukan oleh NYA, kita akan mendapat kejayaan. Dengan adanya keyakinan ini, rasa kecewa tidak akan terbit...Insya Allah.. Apa yang berlaku ..berlaku atas ada sebab..

what's happen is happen for a reason….

Maxis dan 5S

Semlam tido jam 5 pagi after makan2 sket. Huiyoh memang aku tak ngantuk langsung. Mata terbuka aje. Walau bagaimanpun aku buat kerja kerja yang selama ini aku tak amik tau. Aku ni pengguna maxis, lepas je tukar line aku tak amik tau pun langsung feature line ni. Apa yang penting, habis je bulan dapat bil n bayar. 2 minggu sebelum tu aku kena approach oleh owang maxis untuk try Extra Ten. Lepas diterangkan aku on je services tu, sebelum ni aku dah apply for Extra SMS (boleh rebet balik) n Extra Weekend dimana kalau kita call weekend..bayar half je ..maxis 2 maxis. Bayaran RM8..oklah tu

Aku tak followup pun Extra Ten aku..hinggalah dapat bil..aku baru tau aku letak satu no je.. huhu..so arinie aku mengembleng tenaga dan usaha aku untuk meletakkan no yang seswai untuk dimasukkan kedalam maxis aku, ermm.. tak ramai yang lain guna no lain. but its ok, aku ader line lagi satu untuk sms diorang ehe..kira special la tu..

So, ari nie aku duk lepak rumah aje, sambil buat 5S kat meja aku, sisih, susun, sapu seragam, sentiasa amalkan..

Apa itu 5 S? (Skema jap)

PENGENALAN

Pengenalan globalisasi dan liberisasi ekonomi dunia menuntut setiap negara dan warganya berubah mengikut kehendak pasaran dan tuntutan pelanggan. Organisasi tidak mempunyai pilihan selain memperbaiki proses dan sistem penyampaian (delivery system) dengan mempertingkatkan kaedah dan pendekatan yang digunakan.

Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan serta suasana kerja yang kondusif merupakan asas dalam pengurusan kualiti organisasi ke arah mencapai prestasi cemerlang.

5S ialah kaedah/alat pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di negara Jepun. Amalan 5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada standard serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada pelanggan. Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Justeru Amalan 5S ini merupakan penggerak kepada inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.

Fokus utama amalan 5S :-

* Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja;
* Meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan; dan
* Meningkatkan keberkesanan operasi.

FAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

Faedah dari pelaksanaan Amalan 5S ialah :

* Tempat menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.
* Operasi organisasi menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.
* Hasilnya lebih nyata dan lebih banyak menjanakan idea yang bernas.
* Kerumitan kerja dapat dikurangkan.
* Kadar kerosakan mesin dapat dikurangkan.
* Kesilapan kerja dikurangkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing).
* Kaedah dan standard kerja lebih jelas.
* Kawalan stok yang lebih cekap.
* Pengurusan stok yang lebih berkesan.
* Penggunaan ruang kerja yang maksimum.
* Rungutan pelanggan dapat dikurangkan.
* Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
* Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
* Meningkatkan imej organisasi.


Aku rasa 5 s ni tak semestinya digunakan di dalam organisasi sahaja tapi untuk kehidupan kita supaya lebih teratur.. cam guna barangan ikea.. semua tersusun..bila nak carik barang on the spot guna. ini dapat emnjiatkan masa dan tenaga..so masa yanga ada tu boleh guna untuk berbuat perkara yang lain..i mean lebih berfaedah so hidup ni lebih organize sket..

Tuesday, August 25, 2009

Bila hati terdetik..untuk berkata kata


-->
Rezeki ada di mana mana. Walaupun kekadang kita nak..tapi kalau bukan untuk ditakdirkan kepada kita, kita pasrah ...n mencari kebaikan dalam satu keburukan atau kejadian. Kita harus memandang dalam bentuk global/meluas sesuatu permasalah atau cabaran ...bila fikir dalam konteks yang sempit seakan-akan kita semacam tidak berpuas hati n hati rasa tak best. Itulah kehidupan namanya...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi...

-->Bermula sudah bulan puasa yang ditunggu-tunggu oleh segenap muslinim n muslimah. Hari ini, sempat dikejutkan oleh kawanku yang ingin membangunkan aku untuk bersahur. Sempat sahur dengan nasi n telur rebus beserta dengan kicap ..sedapnyer.. ..makan ngan kawan kawan..buka TV..tup tup..ader citer Nur Kasih ...Episod 1..rasanya ditayangkan balik sempena bulan puasa nie...sonok..
Ermm...

Sempena menyambut ramdhan ini, aku dengan rendah hati memohon kemaafaan kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Manfaatlah ramadhan dengan sebaik-baiknya, semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk melakukan ibadat serta menjaga hati, lidah dan anggota badan kita sepanjang berpuasa. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk bangun sahur, dan melaksanakan amalan amalan seperti membaca quran. Kuatkan diri kita untuk melaksanakan solat terawih dalam kemengantukan yang amat sangat...

Petang nie masih terkial kial nak beli makanan ape... huhu