Sunday, August 15, 2010

kita hanya manusia biasa

Kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Benar kata orang kekadang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.
Ada orang ambik sesuatu isu itu lebih kearah positif and ada orang terarah kepada negatif.

Jikalau kita dapat membaca minda orang itu, alangkah bestnya. Boleh elakkan konflik yang timbul. Semua orang tidak sama dari segi pemikiran. Itulah menyebabkan persepsi terhadap satu isu itu berlainan bagi setiap individu.

Ada orang mengambil isu itu terlalu emosional. Lebih pentingkan perasaan hati sendiri dan tidak melihat atau meneliti isu itu dengan adil. Amat mudah sangat2 menyalahkan orang lain. Memberi hukuman terlalu awal..sebelum hukuman itu dijatuhkan.....adilkah?

Kita bukan tuhan dalam menentukan segalanya. Kita diberi pilihan...... kita apa yang kita fikirkan.

Renung renungkan.....


p/s cetusan rasa..semua orang mesti rasa...inilah kehidupan.


Saturday, August 14, 2010

Berbuka Puasa..

Lama jugaklah tak update blog nie, almaklumlah ader perkara perkara yang yang menyebabakan aku jarang mengupdatekan blog nie. Perkara yang memeranjatkan..suprise..pelik pun ada. Tapi, alhamdulilah aku masih berada disini tabah dalam menempuhi hari hari mendatang yang penuh dengan teka teki.

Sekarang umat islam di dunia menyambut ramadan. tiap kali datangnya ramadan, umat islam akan mempertingkatkan ibadah mereka kerana bulan ini merupakan bulan yang dinanti nantikan kerana banyak ganjaran pahala. Setiap kali itu juga, bazaar ramadan akan menjadi sibuk kerana ramai muslimin and muslimah datang membeli makanan dengan citarasa mereka sendiri..

Di kesempatan ini, aku berpeluang berbuka puasa di salah sebuah restoren di cyberjaya. restoren yang aku maksudkan itu adalah Restoren Saba'. Setelah berbuka puasa secara ringan dan solat maghrib..aku n kawan terus saja ke restoren tersebut ..kot kot tak ramai orang sebab time buka posa dah habis...time tu dalam 8.30mlm.

Aku order nasi + roasted chicken..n pineapple juice ..tambah lemon barbican. Nyum nyum..sedap sangat sangat..aku memula nak order yang RM10..memandangkan perut aku ngomel ..amik yang RM15...memang lazat sekali...







p/s ingat nakgi lagi..