Tuesday, June 30, 2009

Mengenalimu merupakan Kesilapan yang terindah buatku



Terkadang timbul kemampuan kita
Pada detik kita disakiti dan dilukai
Cuma marah yang membara di dalam hati
Hanya keberanian menjadi senjata ampuh
Tenangnya hati kerana keikhlasan
Usah disesali kenangan yang lepas
Kebahagian datang bila disulam kegembiraan




Ini merupakan kesimbungan penulisan ku yang lepas..
Masih berkisar tentang kesedihan
Kenangan yang tidak seharusnya dikenang, muncul jua
Tapi apa gunanya penyesalan...

Hidup tetap diteruskan, walaupun pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi
Kuatkan akal fikiran nescaya segala rintangan boleh dibolosi
Keluhan, umpatan, kemarahan, kedengkian merupakan tenaga negatif.

Menurut buku The Law of Attraction, minda kita berupaya menukarkan tenaga negatif itu menjadi tenaga positif.

Sebagai contohnya.. jadikan musibah kepada peluang, rugi kepada untung dan susah kepada senang. Gunakan tenaga negative ini untuk meraih impian. Minda manusia juga berupaya untuk menarik sesuatu dari alam semesta. Kalau berfikiran senang, maka hasilnya senang dan semua orang di sekeliling kita akan dapat menangkap rasa senang itu daripada kita

Oleh yang demikian, usah ragu ragu..

Katakanlah terima kasih kepada orang yang menyakiti hati Anda.





Saturday, June 27, 2009

Perasaan itu datang lagi

Ligat kepala aku memikirkan perasan perasan yang datang tanpa diundang.
Aneh sungguh.
Sukar untuk mentafsirkan apa yang tersirat disebalik perasaan yang terwujud itu.
Adakah sekadar mencuri waktu terluang aku
Atau hanya mengusik kenangan dulu.

Argh..Tetiba lagu Gurindam Jiwa muncul di Winamp menggantikan lagu terdahulu..
Hati makin beban mengingat perkara yang lepas.. sungguh susah melepaskan sesuatu yang pernah jadi milik kita dulu...

Lalu aku tukar siaran..
Menukarkan lagu yang selalu dijadikan pengubat dikala perasaan2 itu datang




The Art of Letting Go

Put away the pictures, put away the memories
I put over and over through my tears
I've held them 'til I'm blind, they kept my hope alive
As if somehow that i'd keep you here
Once you believe in a love forevermore
How do you leave it in a drawer

Now here it comes, the hardest part of all
Unchain my heart that's holding on
How do I start to live my life alone
Guess I'm just learning, learning the art of letting go

Try to say it's over, say the word good bye
But each time it catches in my throat
You're still here in me and I can't set you free
So I hold on to what I wanted most
Maybe someday we'll be friends forevermore
Wish I could open up that door

Now here it comes the hardest part of all
Unchain my heart that's holding on
How do I start to live my life alone
Guess I'm just learning, learning the art of letting go

Watching us fade, what can I do
But try to make it through the pain
Of one more day without you

Where do I start to live my life alone
I guess I'm learning, only learning
Learning the art of letting go





p/s penatnya berjalan jalan kat midvalley..hehe..

Membendung budaya hasad dengki

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

MASYARAKAT kita amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Sering kali konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan umat Islam. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem dan songsang yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang digariskan syariat.

Jika diamati secara objektif, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda umat bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari masyarakat. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong umat untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan konflik getir di kalangan anggota masyarakat.

Rasulullah s.a.w. sendiri memperakui betapa elemen hasad dengki dan segala perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan mestilah dihindari sekiranya kita benar-benar ingin menzahirkan ketaatan seutuhnya kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menegaskan:

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya IhyaĆ¢€™ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Yang pasti, manusia yang diselaputi dan dirasuk dengan perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya.

Fenomena hasad dengki seperti ini hakikatnya cukup mengakar dalam masyarakat Melayu Islam di semua peringkat ketika ini. Dalam dunia politik umpamanya fenomena cantas-mencantas dan adu-domba bagaikan asam garam yang begitu sukar untuk dibendung. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Suasana ini berlaku kerana umat sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang dicita. Ini kerana Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki.

Sebaliknya asas aqidah yang meletakkan kepercayaan mutlak bahawa Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) menumbuhkan sikap yang lebih jernih bahawa setiap rezeki kurniaan Allah sudah pun ditentukan-Nya berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintaran setiap individu. Ini bermakna tidak ada apa-apa yang mampu menghalang seseorang memperoleh rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya walau pelbagai usaha dilakukan manusia untuk menafikannya.

Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurnian Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuh antara satu sama lain. Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.

Justeru, bersempena sambutan Maal Hijrah Khamis ini amat penting umat kembali bermuhasabah dan melakukan penghijrahan budaya ke arah mengurangkan konflik sesama sendiri yang berakar-umbi kepada penyakit hasad dengki. Sesungguhnya matlamat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam tidak mungkin tercapai sekiranya masih mengakar budaya hasad dengki dalam kehidupan masyarakat.




p/s Ya Allah tunjukkan hidayahmu kepada mereka...

Friday, June 26, 2009

Mencari Hikmah diatas apa yang terjadi

write by: http://cahayamukmin.blogspot.com/
(Mencungkil hikmah dari Perbuatan Tuhan)


Kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku di mayapada ini yang Tuhan tidak tahu. Tidak akan berlaku sesuatu kalau Tuhan tidak izinkan dan tidak kehendaki. Apa sahaja yang berlaku tidak terkeluar dari rencana, rancangan dan jadual Tuhan.

Dia pentadbir sekelian alam.
Gugurnya sehelai daun kering di hutan belantara, Tuhan tahu.

Menetasnya seekor anak ikan di lautan yang dalam, Tuhan tahu.
Matinya seekor hama di celah-celah rumput, Tuhan tahu.
Sebutir pasir menjadi batu di perut bumi pun Tuhan tahu.
Bahkan bukan setakat tahu. Dia yang berkehendakkan ianya jadi begitu.

Di samping itu, segala apa yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia-sia.
Tuhan tidak membuat sesuatu dengan sia-sia.
Apa sahaja yang berlaku, ada tujuan dan hikmahnya.
Perkara yang berlaku itu akan membawa kepada perkara yang lain.
Akan mencetuskan kesan yang lain. Akan memberi implikasi kepada pihak yang lain.
Ia sambung-menyambung, kait-berkait, dan bermata-rantai dengan benda-benda yang lain.

Tuhan itu berperanan dalam segala hal. Tidak ada perkara yang Tuhan tidak masuk campur. Dunia ini ibarat pentas. Tuhan itu pengarahnya. Kita ini pelakon-pelakonNya. Apa sahaja yang dilakonkan di pentas dunia ini adalah mengikut arahan pengarahnya. Boleh juga diibaratkan dunia ini seperti papan catur. Kita dan segala apa yang ada di dalam dunia ini ialah buah-buah catur. Tuhan itu pencaturnya. Kita sebagai buah catur, tidak akan dapat bergerak kalau kita tidak digerakkan. Kalau kita tidak digerakkan maka akan diam membatulah kita.

Oleh itu segala apa yang berlaku, kembali kepada Tuhan. Tuhanlah puncanya. Tuhanlah pencetusnya.

Mengetahui hakikat ini, maka kita harus pandai menilai dan membaca segala perbuatan Tuhan. Kita perlu sentiasa mencari hikmah di dalam segala perbuatanNya samada yang berlaku pada orang lain, yang berlaku di dalam negara kita, yang berlaku di negara lain, lebih-lebih lagilah terhadap apa yang berlaku pada diri atau kumpulan kita sendiri. Pada setiap yang berlaku itu ada berita, tanda, isyarat dan pengajaran yang dapat kita cungkil – kalau kita mahu mencungkilnya.


Apabila berlaku sesuatu, kita perlu bertanya. Mengapakah ia berlaku?

Apakah sebab ia berlaku?
Apa puncanya?
Apa kaitannya perkara itu dengan perkara lain?
Apa akan jadi seterusnya?
Siapa yang terkesan dengannya?
Apakah bentuk kesannya?
Siapa yang untung?
Siapa yang rugi?
Selepas berlaku perkara itu, akan ada atau tidak perubahan.
Apa yang akan berubah? Siapa yang akan berubah? Apakah kesan daripada perubahan-perubahan itu?
Apakah kehendak Tuhan dalam kejadian ini? Adakah kejadian ini berasingan atau bersabit dan bersambung dengan kejadian lain?
Apakah rancangan Tuhan?
Apakah pengajaran yang Tuhan mahu kita ambil?
Apakah sikap kita selepas ini? Apa perubahan yang perlu kita buat? Adakah ini bala?
Adakah ini ujian?
Adakah ini hukuman kepada kesalahan kita yang lepas?
Adakah ia balasan untuk kebaikan kita yang lepas?
Apakah maksudnya dan kesannya pada diri dan perjuangan kita?

Dan berbagai-bagai bentuk pertanyaan lagi.

Memang kita tidak akan dapat menjawab kesemua soalan ini. Orang yang kuat akal mungkin akan dapat menjawab sebahagian daripadanya. Orang yang terang mata hati mungkin akan dapat menjawab lebih lagi. Orang yang ada firasat dan pandang tembus mungkin akan lebih faham lagi tentang apa yang berlaku. Orang yang kasyaf mungkin sudah tahu lebih awal lagi perkara ini akan berlaku dan tahu pula segala hikmah dan rahsia-Nya.

Disebabkan segala sesuatu yang berlaku itu berpunca dari Tuhan dan Dialah yang mencetuskannya, maka kalau kita cungkil hikmah dalam apa juga hal dan kejadian, maka ia akan membawa kita kembali kepada Tuhan. Kita akan dapat lihat peranan dan “tangan” Tuhan. Kita akan lebih memahami iradah dan kehendak Tuhan. Kita akan lebih tahu cara Tuhan membuat sesuatu. Kita akan faham kenapa Tuhan membuat sesuatu itu. Kita akan dapat membaca jadual dan perancangan Tuhan. Kita akan tahu ke arah mana Tuhan mendorong kita.

Bila kita faham semua ini, maka segala kejadian dan perkara yang berlaku itu jadi kecil. Nikmat jadi kecil. Ujian jadi kecil. Halangan jadi kecil. Kesusahan jadi kecil. Musuh jadi kecil. Segala-galanya akan menjadi kecil. Yang kita rasa besar ialah Tuhan; yang merancangkan perkara itu berlaku. Justeru itu kita akan jadi tenang. Kita tidak takut. Kita tidak gentar. Kita tidak risau. Kita tidak bimbang. Semuanya, termasuk diri kita sendiri, adalah di dalam genggaman dan kawalan Tuhan. Mudah sahaja kita menerima apapun yang berlaku. Kita mudah sabar, mudah redha dan mudah kembali kepada Tuhan.

Tambahan pada itu, apabila kita faham dan sedar bahawa Tuhan ada peranan dalam hidup kita dan dalam apa sahaja yang berlaku pada diri kita dan diri orang lain, maka hati kita akan mudah terhubung dengan Tuhan. Kita akan dapat merasakan Tuhan sentiasa bersama kita. Tuhan itu sentiasa wujud dan berperanan dalam hidup kita. Ini akan menimbulkan berbagai-bagai rasa dalam hati kita. Rasa hebatnya Tuhan. Rasa gagahNya, perkasaNya, pengasihNya, pemurahNya dan berbagai-bagai lagi. Berikutan itu, kita akan turut rasa bersyukur denganNya, rasa malu, takut, cinta dan berterima kasih kepadaNya.

Inilah sebenarnya kerja orang-orang Rohaniah dan orang-orang sufi. Mereka sentiasa mencari-cari hikmah di dalam segala perbuatan Tuhan. Mereka sentiasa meninjau-ninjau dan mencungkil-cungkil rahsia di sebalik segala perbuatan Tuhan. Mereka mencari Tuhan melalui hikmah dan rahsia yang terkandung di sebalik fe’el atau perbuatanNya. Dengan cara itu, tidak lekang hati-hati mereka daripada berzikir dan merasa bertuhan. Inilah sumber ketenangan dan kekuatan mereka. Inilah sumber ilmu mereka. Inilah sumber kepimpinan mereka.

Inilah kerja yang patut kita lakukan. Akal mesti bekerja. Hati juga mesti bekerja. Akal perlu berfikir dan bertafakur manakala hati perlu berzikir dan merasa-rasakan tentang segala hikmah dan rahsia di dalam perbuatan Tuhan. Ini lebih baik dari bersembahyang sunat seribu rakaat yang tidak khusyuk. Ini lebih berkesan untuk membuatkan kita rasa insaf tentang kedhaifan, kelemahan dan kekerdilan diri kita. Kita akan rasa terlalu kecil dan lemah di hadapan Tuhan. Ini akan mendorong kita mencari perlindungan dan bergantung harap dengan Tuhan.



p/s wahai teman2ku diluar sana....apa yang terjadi sudah suratannya.

ke-k.u.a.r.a.n.t.i.n-an

Sudah 4 hari aku dikuarantinkan dirumah. Rasa macam benggong pun ada. Peluang sebegini diisi sebaik mungkin untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan n pembacaan. Rasa perit gak telinga dengar member2 yang dikuarantin sama2 berjimba-jimba kat luar. Aku tahu mereka juga sihat sama seperti aku. Tapi itulah, mungkin aku tidak sedikit berani mengeluarkan diri aku dari zon sempit ini. Housemate rumah tak tau lak aku dikuarantin, aku cuma menurut perintah sahaja n tak nak menyusahkan orang lain kalau kantoi nanti ehehe..perdulikk ape orang kata yang kena kelak aku sendiri n masa tu takde sape pun nak tolong...buat ayat penyedap hati tapi memang tul pun kan??.


Eheh..gambar kat bawah nie..bila duk check kat PK PuTrajaya..


.: me with mask covering my cute lil face:.


.: my fwenss..hehe...:

Sekarang nie, macam macam ngomelan aku dengar dari opis. Eishh..lantaklah. Suka jaga tepi kain orang, napa tak confront je??. Alhamdulilah, aku dah confront ngan empunya badan. Dia jenis tak kisah. Bila dah capai persefahaman maka jadi sepakat. Jangan dengar orang yang mengapi-apikan kita n jangan dengar sebelah pihak je. Anyway thats life...

Dalam time ni aku blajar kesabaran, kadang kadang kita tak berasa bertuah seperti orang lain harapkan. Namu kita tak sedar kita pun bertuah juga, cuma kita yang tak perasan. Proverb english ada menyatakan,

”Never look at what you’ve lost, always look at what you’ve got”

Ayat-ayat ini bagus kalau kita rasa down dengan apa yang kita dapat selama ni. Kata orang bila tak puas hati tandanya tak mensyukuri. Susah kalau berhadapan dengan orang macam ni.

Lihat Surah Ar-Ra’d ayat 11:

Ertinya: "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan belakangnya mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaannya (maksudnya: Tuhan tidak akan merubah keadaan mereka, selama mereka tidak merobah sebab-sebab kemunduran mereka) yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum. Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Hanya mereka sendiri sahaja yang boleh merubah diri sendiri.

Kemuncaknya, bila aku sendiri terkena, aku hanya mengambil sikap tak tau n berdiam diri sahaja. So, apa tindakan yang perlu aku buat?..Sia sia je layan...eheh..

Yang penting aku dikurniakan kawan kawan yang best..kawan kawan yang setia walaupun kekadang 2 minggu tak dengar kabar..isk isk..tapi jauh disudt hati mereka, aku pasti diorang sering gak teringat kat aku yang agak skema nie. Huhu....

Buat rakan rakan ku yang kukasihi..i appreciate u all come to my life…teach me all kinds of things, tak kisahlah yang membangkitkan kemarahan ku or yang membuatkan aku teringat kat korang bila aku menyendiri..luv u all..


**** berjimba-jimba = bergalak2/jalan sakan

p/s aida, ju-on..n the geng..senyap je..tak sian kat aku ke ??.. nak jumpa koranglah winduuu…n tak sabar2 nak kuar dari umah nie..hoyeahhh


Thursday, June 25, 2009

Enjoy the Life

Learn to Enjoy All Colors of Life

by Priya Bhinde

I am enjoying every color of my life. Are you enjoying every color of your life?

Happiness, sadness, loneliness, togetherness, success, failure, death, life and many other shades of color do color our life.

Like we all know that every color has a meaning we should also learn to accept all colors in our life whether it be sadness or loneliness.

We are bound to experience every color in our life but for some it becomes very hard to experience or enjoy all colors, as they are not that appealing to them.

Life seems to be colorful when you are successful, having enough money in your pocket or in your bank and when everyone loves you.

What happens when suddenly when things go wrong?

There are many situations in our life, which we can call as tough time or challenges.

There are some situations given below which are not easy on us:

  • When life takes someone's life that is very close to you
  • When you experience failure
  • When you are jobless
  • When you are not having enough money
  • When you met an accident and lost something so important

There can many other situations, which I might have not mentioned but surely, you can say that you did not enjoy that color of life.

When you know that life has thrown a challenge on you what I would, advice is to accept that challenge.

Just look up to the sky, keep your spirit high, and learn to enjoy each color of life.


What may be the reason but when you stay positive, cool and calm you may recover from everything and you may be get more than what you have even lost.

There are many ways to keep yourself positive like meditation, listening music or even painting different strokes and colors can calm you and keep you positive.

Do what delights you be it photography, cooking or playing with children.

You need not worry about the problem just shun it and move ahead.

When you have learnt to be positive, stay cool and calm you will see every situation with different angle.

In addition, when you do so you will get inspiration to solve the problem or over come out of your tough situation.


Edited from: http://www.associatedcontent.com/article/1857789/colors_of_life.html

Wednesday, June 24, 2009

Bosan?! Bosan di tempat kerja?



Bosan

Semua orang bosan

Bila bosan disebut berkali-kali mesti rasa bosan kan?!

Lebih lebih lagi bila duduk dirumah selain daripada menulis thesis & blog.

Bagaimana kalau bosan di ofis?

Bekerja adalah sumber rezeki kita.

Ada orang beranggapan pekerjaan itu adalah untuk duit semata mata.

Ada yang berfikiran, kerja yang dibuat adalah sama setiap hari, tiada hak dalam mebuat keputusan, dan hanya bekerja bila disuruh sahaja.

Jika setiap awal minggu memulakan kerja dengan agak terbeban maka pastinya bekerjapun akan menjadi beban.

Akhirnya banyak orang menjadi jenuh bekerja dan kehilangan motivasi.

Kebosanan dan jenuhnya bekerja akan melumpukan kreativiti.

Nak atasi kebosanan di tempat kerja?

Terdapat beberapa tips yang dirasakan boleh dipraktikan (hopefully aku pun dapat peratikkan sama..Insya Allah)

Nilah yang sempat aku gali dan fikir ..

a) Lakukanlah yang terbaik

Walau sesukar mana pun pekerjaan itu dan kadang kala bukan minat kita, buatlah yang terbaik. Lakukan dengan kudrat yang ada, mempergunakan segala kecerdasan yang ada dan sepenuh hati kita. Kita akan mampu menahan beban, boleh memecahkan persoalan yang rumit dan menikmati kehidupan kerja anda. Setelah itu, renungkanlah hasil kerja anda itu dari kejauhan. Kadang kala tidak semua usaha kita dapat menyempurnakan pekerjaan tersebut tapi tugas kita adalah melakukan sebaik yang mungkin. Rasanya 25% masa dalam kehidupan kita adalah terfokus pada pekerjaan. Oleh yang demikian, seharusnya kita harus mempergunakan masa yang diperuntukkan dalam pekerjaan itu sebagai saat saat gembira, duka dan sedih dengan erti kata lain belajar dalam menghadapi kehidupan.

b) Bersemangat bekerja (enthusiam)

Bersemangat ketika bekerja seolah-olah kita sedang menikmatinya. Jika tidak dapat menikmati pekerjaanyang dilakukan, taburlah minat terhadap pekerjaan

Ada sebaris ayat ayat yang sangat menarik, berbunyi seperti ini,

”Cintailah pekerjaan Anda, jika Anda tidak dapat mencintai pekerjaan Anda, cintailah orang-orang yang bekerja bersama Anda. Jika Anda tidak bisa mencintai pekerjaan Anda dan juga orang-orang yang bekerja bersama Anda, untuk apa Anda masih disana?”


Sebagian besar waktu manusia setelah dewasa dihabiskan dengan bekerja, jadi jika Anda bekerja lakukanlah dengan sukacita dan semangat. Seorang yang bijaksana pernah berkata,


“Jika Anda bekerja sebagai seorang tukang sapu jalan, sapulah jalan hingga para malaikat berhenti dan menengok kebawah dan berkata, disana ada seorang penyapu jalan yang luar biasa sedang bekerja.”

c) Teruslah belajar @ Long term study

Kapasiti otak berkembang apabila kita mempelajari sesuatu yang baru. Bekerja seiring dengan belajar akan membantu pekerjaan kita menjadi lebih menarik dan puas. Belajar akan meningkatkan rasa percaya pada diri dan kesanggupan kita dalam menguruskan hal hal pekerjaan. Ia juga dapat memperngaruhi sikap kita secara amnya terhadap kehidupan.

Banyak yang kita dalam belajar dalam urusan sehari hari pekerjaan. Contohnya interaksi
antara manusia, tentang peralatan pekerjaan kita, cara menulis memo office yang lebih baik, memimpin orang bawahan kita dengan lebih efektif, atau dapat menegtahui cara yang lebih baik dalam berurusan dengan orang atasan.

Kita juga boleh belajar melalui pengalamn orang lain. Kita mengamati rakan sekerja mengenai kekuatan dan kelemahan yang mana boleh kita jadikan sebagai pengajaran. Bahkan dengan belajar dari kesalahan atau keberhasilan kita sendiri dengan menganalisisnya dapat menjadikan sesuatu kerja itu akan menjadi senang dan lebih efektif dikemudian hari.

Itulah antara yang boleh dilakukan dalam mnegatasi rasa bosan terhadap pekerjaan.

Jauhkan pemikiran negatif yang memebuatkan kita terbeban dengan pekerjaan.

Berikan sepenuh perhatian pada pekerjaan, dan melakukan sedaya upaya yang mungkin sehingga kita dapat rasakan sesuatu kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan pekerjaan kita.

Bekerja keras bukan strategi yang terbaik untuk mendapat kejayaan. Keterlaluan jua akan menyebabkan kita membuat pelbagai kesilapan yang kita tidak sedari. Secara tipikalnya, bekerja la dengan SMART. Anda bukan hanya menyelesaikan pekerjaan dengan baik, tetapi juga memiliki waktu untuk kehidupan pribadi Anda.

S : Specific
M : Mesureable
A : Attainable
R : Realistic
T : Timely

Jangan lupa berhuha huha dengan member …dalam erti kata lain memberi reward kepada diri sendiri sekiranya sesuatu pekerjaan itu selesai. Hidup terlalu pendek untuk diisi dengan kesedihan…live life to the fullest..



cinta


Ada kawan bertanya..
Kenapa perlu postkan "bila cinta tidak dihargai"
Walhal sekarang dunia aku penuh dengan bunga bunga cinta
Mekar Sungguh!

Huhu..aku tak sempat nak jawap untuk dia..

Aku post kat sini ajelah ya?!

Bagi aku, kadang kadang hidup ni unpredictable.
Memang kita terasa bahagia sekarang nie
Apa yang terjadi akan datang kita tak pasti tahu
Memang kena ada confidence
Bak kata orang " Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan"
Moga kata-kata itu menjadi ingatan dan bekalan untuk masa datang..

Apa guna bersedih..
Jangan bersedih..
Masih ada ruang waktu..dalam memperbaiki kesilapan kita..

p/s hargailah orang yang menghargai kita..

Monday, June 22, 2009

apabila cinta tidak dihargai




Memang sakit bila cinta yg kita harapkan selama ini tak dihargai oleh insan yg kita sayangi, apatah lagi kita dibuang begitu saja.


Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

--> moga moga ianya menjadi panduan hidupku


Terlanjur berbicara

Ada kalanya….aku berasa suram dalam mneghadapi liku liku hidup..kata owang..kalau takade masalah bukan hidup nama..Cuma kita sebagai manusia kena fikir ape yang patut..dan secara rasionalnya mengambil keputusan yang terbaik yang boleh kita fikirkan untuk mengatasi masalah tersebut. Kadang-kadang owang tak akan membaca ape yang kita fikir.kan..tetapi kenapa orang akan selalu fikir ape yang kita tak fikir ape yang dia fikir pasal kita?.. Rasa macam belit belit pula bahasa yang digunakan nie…

Ada orang dengan sandiwara..pandai bermain kata..tapi jangan leka..takkala Tuhan akan menghitung ape yang diniatkan…niat kena ikhlas..niat kena tulus..jangan buat kalau hanya untuk mendapat pujian..biar diri happy..enjoy dan bersyukur dengan ape yang ada…dan manfaat apa yang kita ada..live with it..dengan penuh pengajaran..hidup ni singkat je..n jangan sekali sekali isikan dengan kesedihan….live life to the fullest…

Ada orang kata..bila tiada sinaran matahari..bila dilindungi awam…jatuhlah gerimis..maka timbullah pelangi…tapi hanya seketika..sahaja.. pengajarannya..hidup nie indah…lagi indah jika kita memahami konsep hidup tu…berdepan ngan kejatuhan..kemegahan..memang benar..hidup umpama roda..kejap kita kat atas..kejap kita tak bawah..tapi kita tak selama lamanya diatas..dan kita tak selama lamanya dibawah… tu adat di dunia.. unik sungguh..life nie….bila fikir balik.. ngan masalah masalah yang bertimbun..kita lupa yang kita ada Tuhan…tempat kita berdoa..memohon keampunan..dan berusaha untuk menjadi lebih baik..berusaha untuk maju..berusaha untuk tidak menjadikan perkara lepas punca kelemahan kita…

s.a.r.a.w.a.k voyage

Jumaat lalu aku berkesempatan ke Kuching, Sarawak. Walaupun pergi atas tiket kerja namun aku extendkan cuti sehingga ke hari ahad. Pada mulanya, aku rasa untuk tidak perlu memanjangkan cuti tapi setelah memikirkan sudah lama tidak berjumpa sepupu dan amat jarang sekali untuk turun ke kuching, maka niat untuk bercuti wajar diteruskan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi sugegestion untuk bercuti selama 2 hari di bumi kenyalan ini. Sepcial thanks goes to Kamjuriah yang sudi meminjamkan keretanya sepanjang cuti cuti Malaysia ni.

Day 1: irresistible moment

Antara tempat yang dikunjungi adalah kedai kedai berhadapan dengan waterfront, kuching dan juga waterfront itu sendiri. Ia merupakan tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.

Terdapat juga gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Apabila meneliti harga makanan sisetiap gerai makanan tersebut, didapati harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan. aku dan kawan kawan tidak melepaskan peluang untuk menaiki sampan yang menghubungkan waterfront kuching ke Kampung Melayu Boyan. Mengikut salah seorang cerita teman, jika pergi ke Kampung Boyang dengan menaiki kenderaan, jaraknya amat jauh dan memakan masa dalam 20-30 minit. Tambangnya masih lagi murah iaitu 40 sen sahaja. Hanya naik 10 sen je ( Ingat lagi masa pergi ke Sarawak pada tahun 2001). Mula mula agak goyah jugak naik sampan, sebenarnya pakcik sampan tidak menggunakan pengayuh sepenuhnya tetapi sampan tersebut dilengkapi oleh motor dan memakan masa hanya beberapa saat sahaja untuk sampai di seberang.

Setibanya kami diseberang, kami singgah ke kedai makan yang bernama Pak Lah Boyan, if I am not mistaken. Kami memesan beberapa makan tradisional sarwak iaitu Mi kolok. Agak sedap juga rasanya sambil menikmati keindahan pemandangan sungai kuching pada malam hari. Mengikut kata seorang teman, kampung Melayu ini agak terkenal kerana anda boleh lepak dan bersantai melihat pemandangan bandar Kuching pada waktu malam dari seberang Sungai ini. Dalam bersantai dengan teman-teman, bersms dengan teman teman yang lain sambil menceritakan apa yang terjadi pada ketika itu, terdetik sebentar dalam hati, sungguh bahagia hidup ini.

Day 2: Free Feeling..

Keesokkan arinya, kami memulakan perjalanan dengan pegi ke pasar satok. Perjalanan hanya mengambil 5-10 minit dengan menaiki teksi yang dipanggil oleh pihak pengurusan hotel dan tambang diantara 10-12rm bergantung pada penumpang dan pemandu also, I guess! Destinasi utama ialah denga mengisi perut kami dengan sarapan. Agak tidak susah mencari kedai disini disebabkan banyak restoren halal. Antaranya, Pee Jay Corner, Selera Fatima, dan sebagainya. Setelah bersarapan di Pee Jay Corner, kami berjalan jalan sambil mencari barangan yang boleh dibeli seperti cenderahati berupa magnet (tak lupa untuk menghadiahkan kepada member2), keychain, gelang kristal, kain pua kumbu, pelbagai jenis kraftangan sarawak dan pelbagai jenis lagi. Selain menjual barangan cenderamata, buah buahan, barangan basah turut dijual disini. Terutamanya ikan terubuk masin yang menjadi kewajipan bagi setiap pengunjung untuk membelinya. Peniaga di sini akan membungkus ikan terubuk di dalam kotak dan dibalut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubuk yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.

Kami mengisi perut lagi di kedai Selera Fatima, sungguh sedap dan menyelerakan. Harga juga berpatutan. Sedang dalam rancak berbual dengan kawan kawan. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan sepupu yang berada disana, beliau dengan seikhlas hati meminjam kereta untuk kemudahn kami berjalan jalan disekitar sarawak. Destinasi seterusnya, kami singgah ke Sarawak Tourism Federation berdekatan dengan kuching waterfront. Dikesempatan itu, kami berjumpa dengan Puan Angela yang sudi membantu kami tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Sarawak.

Kami meneruskan perjalanan kami ke pusat pembuatan pasu di Sarawak. Antara tempat yang saya dan kawan-kawan singgah ialah di Batu 4, atau Batu 4 1/2 yang terletak kira kira 25 minit perjalanan kereta dari bandar Kuching. Kawasan Batu 4 menempatkan beberapa kilang pasu terkenal di mana pasu pasu dibuat dan terus dijual di sini. Kami tidak berkesempatan untuk melihat aktiviti pembuatan pasu kerana sudah petang. Ia akan ditutup pada 5 atau 6 petang. Pasu dan barang-barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak yang menjadikannya bahan yang mesti ada dalam majlis majlis keramaian dan pesta seperti upacara Gawai, pengebumian serta perkahwinan. Tapi kini lebih popular dengan corak tumbuhan dan pua Kumba di mana para pengunjung bole membeli untuk dihadiahkan kepada teman teman.

Kami singgah sebentar di pangkalan waterfront lagi sambil menikmati suasana matahari terbenam. Kelihatan sayup sayup orang menunggu sampan unutk menyeberangi sungai balik ke rumah masing-masing.

Malam itu kami lepak di Jalan Datuk Ajibah Abol, berdekatan dengan Masjid Bahagian kuching. Di sana aku berkesempatan untuk makan kolok sapi. Rasanya agak sedap. Huhu. Entah asyik suka makan mi kolok sahaja.

Day 3: Trip to Sarikin

Seawal 5.30 lagi kami bertiga bangun untuk bersiap sedia ke Pasar Serikin. Mengikut cerita teman, Pasar Serikin hendakalah dikunjungi seawal 8 pagi bagi mengelakkan cuaca panas. Kami bertolak ke dari Hotel menuju ke Pasar Serikin sejauh 60 KM daripada bandar kuching yang mengambil masa 1 jam – 1jam setengah. Berpandukan peta disediakan oleh Puan Angela kami bertwakkal menyusuri jalan ke Pasar Serikin. Walau bagaimanapun, kami tersesat sedikit hingga ke Pekan Bau. Di sana kami menikmati sarapan di sebuah kedai makan, kalau tak silap saya Kedai Makan Siti. Sambil menikmati makanan, saya dan kawan2 sempat bertanyakan pekerja di kedai tersebut mengenai jalan masuk ke Pasar Serikin. Syukurlah, kami makan ke Pekan Bau terlebih dahulu sebab bila sudah sampai di Pasar Serikin, agak susah untuk mencari makanan, yang adapun, sebuah van bergerak yang membawa pelbagai jenis makanan tradisional untuk para pengunjung. Oleh yang demikian, pada sesiapa yang datang ke Pasar Serikin, seeloknya singgah ke Pekan Bau untuk makan dan kemudahan toilet kerana setiba di Pasar Sarikin, kemudah toilet amat terhad sekali. Walaubagaimanapun keramahan penduduk kampung serikin mesra dan kami bersyukur tiada apa apa yang buruk terjadi pada hari itu.

Kami mengambil keputusan untuk parking ditempat letak kereta yang disediakan walaupun terdapat ada kereta di sekitar jalan. Harganya amat murah iaitu RM2.00 sahaja. Selain kami, terdapat juga keluarga, bas pelancongan turut datang ke tempat tersebut.

Bagi mereka yang suka bershopping, nah inilah tempat bagi mereka. Semua barangan yang terdapat disini amat murah dan boleh ditawar sehingga ke harga yang berpatutan. Yang paling suka ialah barangan perkahwinan yang murah, yang boleh didapati sehingga separuh daripada harga yang sebenar yang dijual luar daripada Pasar Serikin. Cuaca agak redup dan ini menggalakkan kami lagi untuk berwindow-window shopping. Aku habis dalam RM100 jugaklah. Tak cukup..nasib baik hujung bulan. Huhu..

Dalam 11.30pg, kami bertolak balik dari Pasar Serikin ke Kuching untuk urusan check-out. Dalam perancangan sepatutnya, kami akan ke Sarawak Cultural Village, walaubagaimanapun, kami berasakan masa tidak cukup untuk pergi kesana. Maybe some other time.

Sebelum balik, kami berkesempatan untuk membeli barang barang yang dipesan oleh sahabat handai. Kami bertolak balik dari kuching airport pada jam 8.00 mlm. Sesungguhnya, peluang ke negeri orang harus di enjoy dan mempelajari budaya dan adat resam sesebuah negeri.

Hope you’ll enjoy with this pic.

.: visit to Atelier Society Kuching:.



.: Me @ Waterfront Sarawak:.


.: my companion :.



.:peace's creation:.


.:sunset @ waterfront:.



Saturday, June 6, 2009

Tabahkan hatimu..

Minggu lalu aku tak sempat nak update blog, almaklumlah kursus, outstation yang tak dapat aku ketepikan dalam menjalankan amanah. Beberapa siri kejutan melanda diri aku dan juga kehidupan aku skang nie. Aku dihujani pelbagai persoalan yang sering menggaru2 kepala otak aku berkenaan dengan landasan hidup yang perlu aku tempuhi peringkat demi peringkat. Mampu kah aku?. Pastinya insan disekeliling juga menempuhi kehidupan masing masing..semua diuji..sama adil dan saksama uang termaktub dalam perjalanan hidup yang tertulis sejak azali lagi.Seorang rakan aku yang baik berkongsi ayat ayat..bukan ayat ayat biasa. Ayat ayat dari kitab kita.

Surah alhijr ayat 3; terjemahannya:
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf) kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).

Dalam erti kata yang simple untuk difahami, sekiranya seseorang tidak jujur atau lalai dalam melakukan apa jua tugas dan amanah yang diberikan...akhirnya akan membawa kerugian kepada diri mereka sendiri. Aku sedaya upaya jujur walaupun kadang kala orang sekeliling menekan aku dengan pelbagai karenah dan saiko dalaman yang rasanya aku belum matang dalam memahami semua itu. Aku yakin, apa jua yang aku alami sekarang ni adalah ujian daripadaNYA. Ada hikmah disebalik semua itu. Moga aku tabah. Amin..



Thursday, June 4, 2009

Dialog SMS 2

Ni citer rakan aku..

Rakan Dia: Awak sayang saya tak?
Rakan Aku: Sayang giler...
Rakan Dia: Sampai ati awak cakap saya giler..
Rakan AKu: Adess...

LOL...

Diolog SMS

Aku ngah bersms ngan teman, tanya aku kat mana?

SF: Awak gi mana ari nie?
Aku: Gi bengkel kat Jabatan X, esok ade laggi seari..
SF: ROSAK APE?

Err..aku tetiba blur..apahal mamat nie pk macam tu

Aku: ada Bengkel Latihan la wak..
SF: Haha..

LOL..