Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka 2009

Terlebih dahulu salam merdeka untuk semuanya.

Huhu..x tahu apa aktiviti nak wat pada malam merdeka..selain bersyukur menandakan bumi malaysia masih lagi aman damai. Aku rasa nak keluar rumah setelah 2 ari terperap dalam umah

Malam kemerdekaan sempat gak singgah kat downtown cheras. Phewwh..~ Jem giler sangat sangat. Sebelum nak pi tu, memang dah kena "warning" dek besfren, kata memang jem. Tapi nak sangat sangat gi tu, tu yang redah tu, sib baik ader besfren datang bersama-sama menjayakan sesi meround downtown.

Tup tup memang agak..bukan agak..memang ramai orang. Dari jarak satu kilometer lagi kereta dah mula bersusun.. Lantak ajelah, yang penting dapat masuk downtown, sape suruh gatal sangat nak datang. Just berserah, carik jer parking depan downtown tu... round dalam 5 menit, dah dapat parking.

Memang banyak barisan kedai, just beli kerongsang wat hosmate aku n some items yang aku rasakan perlu untuk dibeli, tak nak membazir sangat, just ronda ronda n tgk gelagat manusia ehe..macam pakar kaunseling lak..

Dah beli apa apa yang patut @2.30 kitaowang bertolak keluar, memang sesak.. sempat gak berbual ngan pakcik ..salah seorang pekedai.. jual baju guna benang nenas..erm.. dari filipin..bentuk baju kasual lelaki..memang sejuklah kalau pakai cuma si pemakai kenakan satu lagi t-shirt kecik, sebab baju tu jarang jarang.. Melalui pembacaan aku, memang aku pernah terdengar benang nanas nie, diperbuat daripada daunnya. Maybe skang nie baju yang diperbuat daripada benang nanas amat janggal sedikit tapi entah...nanti akan menjadi rebuatan pulak, takda siapa tahu kan? terutamanya kain pasang nanti..

ermm.. nak cari kain pasang diperbuat daripada benang nanas.. huhu

Sunday, August 30, 2009

Kehadiran insan dalam kehidupan kerana ada sebabnya (hikmah)

People come into your life for a reason, a season or a lifetime.
When you know which one it is, you will know what to do for that person..
When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support,
to aid you physically, emotionally or spiritually.
They may seem like a godsend and they are.
They are there for the reason you need them to be.
Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time,
this person will say or do something to bring the relationship to an end.
Sometimes they die. Sometimes they walk away.
Sometimes they act up and force you to take a stand.
What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done.
The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.
Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn.
They bring you an experience of peace or make you laugh.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy.
Believe it, it is real. But only for a season.
LIFETIME relationships teach you lifetime lessons,
things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson,
love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.

Thank you for being a part of my life,
whether you were a reason, a season or a lifetime.

what's happen is happen for a reason….

Sebelum aku ade postkan bila hati berdetik untuk berkata kata. Maybe bila baca ayat2 tersebut, rasa macam aku tulis dalam keadaan down. No, its only bila terdetik ..aku just postkan buat tatapan semua.

Rasa kecewa memang kerap terjadi dalam hidup kita tak kisahlah kecewa itu besar atau pun mudah dilupakan. Walaubagaimanapun, kita seharusnya tidak terus terus mengingati rasa kecewa itu kerana ada sebab yang tersendiri kenapa perlu kita kecewa. Cuba kita renung sedalam dalamnya, kita akan mendapat jawpaannya, Insya Allah.

Seharusnya kita berusaha untuk mencapai apa yang kita ingin capaikan tetapi jangan mengharap. Laksanakan apa yang dirancang, namun kejayaannya bukan terletak pada kita, tetapi kerana Keizinan Allah. Jika kita berusaha sekuat yang mungkin, tetapi Allah tidak mengizinkan maka kejayaan tidak akan diperolehi namun ada hikmah yang Allah sembunyikan. Allah Maha Adil, walaupun Dia tidak mengizinkan kita mendapat kejayaan atau perkara yang ingin kita capai pada waktu itu, maka itulah yang terbaik buat kita. Kita akan terus berdoa dan berusaha, dan pada waktu dan masa yang ditentukan oleh NYA, kita akan mendapat kejayaan. Dengan adanya keyakinan ini, rasa kecewa tidak akan terbit...Insya Allah.. Apa yang berlaku ..berlaku atas ada sebab..

what's happen is happen for a reason….

Maxis dan 5S

Semlam tido jam 5 pagi after makan2 sket. Huiyoh memang aku tak ngantuk langsung. Mata terbuka aje. Walau bagaimanpun aku buat kerja kerja yang selama ini aku tak amik tau. Aku ni pengguna maxis, lepas je tukar line aku tak amik tau pun langsung feature line ni. Apa yang penting, habis je bulan dapat bil n bayar. 2 minggu sebelum tu aku kena approach oleh owang maxis untuk try Extra Ten. Lepas diterangkan aku on je services tu, sebelum ni aku dah apply for Extra SMS (boleh rebet balik) n Extra Weekend dimana kalau kita call weekend..bayar half je ..maxis 2 maxis. Bayaran RM8..oklah tu

Aku tak followup pun Extra Ten aku..hinggalah dapat bil..aku baru tau aku letak satu no je.. huhu..so arinie aku mengembleng tenaga dan usaha aku untuk meletakkan no yang seswai untuk dimasukkan kedalam maxis aku, ermm.. tak ramai yang lain guna no lain. but its ok, aku ader line lagi satu untuk sms diorang ehe..kira special la tu..

So, ari nie aku duk lepak rumah aje, sambil buat 5S kat meja aku, sisih, susun, sapu seragam, sentiasa amalkan..

Apa itu 5 S? (Skema jap)

PENGENALAN

Pengenalan globalisasi dan liberisasi ekonomi dunia menuntut setiap negara dan warganya berubah mengikut kehendak pasaran dan tuntutan pelanggan. Organisasi tidak mempunyai pilihan selain memperbaiki proses dan sistem penyampaian (delivery system) dengan mempertingkatkan kaedah dan pendekatan yang digunakan.

Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan serta suasana kerja yang kondusif merupakan asas dalam pengurusan kualiti organisasi ke arah mencapai prestasi cemerlang.

5S ialah kaedah/alat pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di negara Jepun. Amalan 5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada standard serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada pelanggan. Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Justeru Amalan 5S ini merupakan penggerak kepada inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.

Fokus utama amalan 5S :-

* Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja;
* Meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan; dan
* Meningkatkan keberkesanan operasi.

FAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

Faedah dari pelaksanaan Amalan 5S ialah :

* Tempat menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.
* Operasi organisasi menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.
* Hasilnya lebih nyata dan lebih banyak menjanakan idea yang bernas.
* Kerumitan kerja dapat dikurangkan.
* Kadar kerosakan mesin dapat dikurangkan.
* Kesilapan kerja dikurangkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing).
* Kaedah dan standard kerja lebih jelas.
* Kawalan stok yang lebih cekap.
* Pengurusan stok yang lebih berkesan.
* Penggunaan ruang kerja yang maksimum.
* Rungutan pelanggan dapat dikurangkan.
* Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
* Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
* Meningkatkan imej organisasi.


Aku rasa 5 s ni tak semestinya digunakan di dalam organisasi sahaja tapi untuk kehidupan kita supaya lebih teratur.. cam guna barangan ikea.. semua tersusun..bila nak carik barang on the spot guna. ini dapat emnjiatkan masa dan tenaga..so masa yanga ada tu boleh guna untuk berbuat perkara yang lain..i mean lebih berfaedah so hidup ni lebih organize sket..

Tuesday, August 25, 2009

Bila hati terdetik..untuk berkata kata


-->
Rezeki ada di mana mana. Walaupun kekadang kita nak..tapi kalau bukan untuk ditakdirkan kepada kita, kita pasrah ...n mencari kebaikan dalam satu keburukan atau kejadian. Kita harus memandang dalam bentuk global/meluas sesuatu permasalah atau cabaran ...bila fikir dalam konteks yang sempit seakan-akan kita semacam tidak berpuas hati n hati rasa tak best. Itulah kehidupan namanya...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi...

-->Bermula sudah bulan puasa yang ditunggu-tunggu oleh segenap muslinim n muslimah. Hari ini, sempat dikejutkan oleh kawanku yang ingin membangunkan aku untuk bersahur. Sempat sahur dengan nasi n telur rebus beserta dengan kicap ..sedapnyer.. ..makan ngan kawan kawan..buka TV..tup tup..ader citer Nur Kasih ...Episod 1..rasanya ditayangkan balik sempena bulan puasa nie...sonok..
Ermm...

Sempena menyambut ramdhan ini, aku dengan rendah hati memohon kemaafaan kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Manfaatlah ramadhan dengan sebaik-baiknya, semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk melakukan ibadat serta menjaga hati, lidah dan anggota badan kita sepanjang berpuasa. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk bangun sahur, dan melaksanakan amalan amalan seperti membaca quran. Kuatkan diri kita untuk melaksanakan solat terawih dalam kemengantukan yang amat sangat...

Petang nie masih terkial kial nak beli makanan ape... huhu

Monday, August 17, 2009

Duka dalam bahagia

Baru je balik dari kuching Sarawak. Pabila ayat ayat ditaip ini...tekak rasa kering, nak perit rasanya, hidung seakan berair.. oh gosh.. maybe esok pagi aku kena gi klinik untuk berbuat sesuatu...banyak betul perkara yang harus ditumpukan buat masa skang nie..lebih lebih lagi ramadhan akan menjelang, cukup ke persediaan yang dilakukan untuk menyambut bulan yang dinanti nanti oleh semua muslimin dan muslimat di muka bumi ini? Yang nyata, bulan ramdhan akan mucul tidak lama lagi....

Huhu.. macam banyak benda nak tulis tapi bila nak recap balik semua cam ilang satu persatu. Apa apapun di bawah ini aku postkan kata kata menarik untuk dikongsi...


1- Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9- Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Sweet words are easy to say, Sweet things are easy 2 buy, But sweet people are difficult to find Life ends when U stop dreaming, Hope ends when U stop believing, Love ends when U stop caring, Friendship ends when U stop sharing.

Monday, August 10, 2009

Thankful..

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.


Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy.. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'

The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.'
What he had written was:
'Today is a beautiful day and I cannot see it.'


Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

Invite others towards good with wisdom.
Live life with no excuse and love with no regrets.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret.
Handle your present with confidence.
Prepare for the future without fear.
Keep the faith and drop the fear.

Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness…. In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.'

The most beautiful thing is to see a person smiling…
And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

so singkat..

Lama dah tak update blog nie, recently a lot things to do, cannot coupe certain main thing.
Walaubagaimanapun, kehidupan tetap diteruskan jua (ayat nie berulang-ulang kali kata, tapi tak pernah jemu jemu untuk menggunakannya). Masalah bila selesai datang masalah yang lain pula, that’s is a flvour of life..nothing can stop it from coming into our life.. just welcoming it perhaps to massage our life even better....yeah
Maybe kekadang tindakan kita dalam membuat apa jua keputusan yang membabitkan orang lain ..berkumgkinan besar ada orang yang ambil port dan memberi pengaruh besar terhadap keputusan kita (berbalik-balik je ayat nie). Kita tak boleh sekat orang orang ini datang dan mempengaruhi hidup kita tapi kita mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di hadapan mata kita dengan kehidupan mereka itu sendiri...fikir n decide mengikut budi bicara dan akal fikiran kita sebenar-benarnya..
Apa yang terjadi dalam hidup kita, sama ada buruk atau baik akan memberi kesan yang mendalam terhadap perjalanan hidup kita. Semakin hari kita akan mempelajari sesuatu daripada satu satu situasi, permasalahan, kegembiraan dan kesedihan yang boleh memberi impak pada masa itu juga..n akan datang. Bila kita berbuat baik..adakalanya kita memerlukan atau mengharap kebaikan itu terbalas..dibalas..dengan segera. Ada satu cerita, si kawan telah berjumpa dengan pakar psikologi. Pakar psikologi itu bertanya..… “ada apa apa masalah ke dengan hubungan kawan kawan?”… lalu si kawan itu berkata “ ada sedikit, kekadang saya layan diorang n saya buat baik kat diorang, tapi napa diorang tak pernah buat baik kat saya, malah ada yang sakitkan hati saya?”...pakar psikologi itu tersenyum...”adakah anda berbuat baik dengan ikhlas atau sebaliknya?”...terdiam sejenak si kawan..lalu ”..errmm..mestilah ikhlas..” ...pakar itu menyambung lagi ” bukankah kalau ikhlas tak memerlukan balasan?”
.....ini dikatakan mengharap sesuatu itu dibalas dengan sesuatu..kalau kita berharap..kita akan kecewa, sedih, memberontak dan macam macam lagi sifat negatif yang datang dalam diri kita ..ini akan membuatkan kita menjadi seperti insan yang tidak bersyukur dengan apa yang kita ada..kita masih lagi ada kekuatan untuk memberi yang terbaik terhadap insan insan sekeliling..walaupun ada yang tak recognize apa yang kita lakukan untuk diorang tapi kita sebagai insan di dunia yang seketika ini...at least tidak memusnahkan atau menyusahkan orang lain... dan tiap- tiap apa yang kita buat dengan niat yang baik n ikhlas..akan dibalas dengan balasan yang kita tidak sangka atau datang dengan bentuk lain...contohnya diberikan kesihatan yang optimum..dipermudahkan segala tindakan kita terhadap permasalahan lain...berkenalan dengan orang yang baik..dilindungi daripada berjumpa dengan yang tak baik..dipersenangkan urusan kita, adik beradik mendapat kesihatan dan pekerjaan..n ingatlah apa yang ada pada kita yang kita tak fikir..ada orang lain yang berharap menjadi kita, menjadi sebahagian daripada hidup kita..mendapat apa yang kita ada, mengiginkan apa yang kita dapat..think deeply
Hidup ini singkat..
Hidup ini sementara...
Isi lah dengan sebaik baiknya..usah dibayangi dendam..n kedegilan..
Nanti..bila masa kesedaran itu tiba..penyesalan..untuk kembali ke saat saat itu...sudah terlambat..
Nilailah detik demi detik dalam kehidupan kita.....
Hayatilah hidup yang seketika ini...



Sunday, August 2, 2009

Biarkan Aku Jadi Mataharimu

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita itu sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya*.

Erti Persahabatan

Dalam bersahabat nie, macam macam karenah sahabat yang kita jumpa. Lebih lebih lagi yang dah rapat dengan kita, macam macam perangai yang kita ketahui. Tapi apa yang lebih penting, sekiranya sahabat itu boleh terima baik dan buruk kita dalam erti kata memahami, dapat bersama sama hadapi segala hari hari yang mencabar dan dugaan..serta bergelak ketawa menghayati hari hari yang bahagia..sepanjang perjalanan usia kita.
Bagi aku susah bila nak terima, tapi kalau difikirkan, mereka ni boleh tolerate dengan sikap dan karenah kita, so mana tanggungjawap kita sebagai seorang sahabat?..hanya sahabat nie yang tau n dapat menilai siapa kita sebenarnya, walaupun kekadang sahabat sukar untuk menuturkan kata kata penilaian terhadap kita, tapi aku tahu, insan yang bernama sahabat akan fikir yang baik baik pada kita saja…
Disini inginku kongsikan etika etika dalam persahabatan, moga kiranya ia dapat menambah-baik dan memperkukuhkan lagi talian persahabatan..

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG

Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.