Tuesday, April 7, 2009

Bertandang ke Ulu Geroh

Sebenarnya kitaowang tgh bekeje nie, sesambil sempat gaklah enjoy the scenery of Ulu Geroh. Sebelum nie, selalu dengar nama tempat nie, tak sangka pula berkesempatan untuk melihat walaupun diatas "lesen" kerja..walau apapun hidup terasa terisi dengan aktiviti di ulu geroh. ni lah member sekerja yang turut serta dalam aktiviti nie...ekeke..muka muka ceria sebelum masuk utan..

Antara tempat-tempat yang sempat digambar..courtesy: kamera hanip n kamera nani

Kami sempat untuk menjalani aktiviti "white water rafting". Mencabar sungguh time nie, puas hati..memang teringin nak datang, entah bile lagi. Gambar sebelah nie, sebelum aktiviti bermula, kami diberikan taklimat seperti keselamtan, cara pegang n bila ader kecemasan contohnya terjatuh dari rafting tersebut, diajar cengana nak survive. Yang klakahnya, bila kitaowang diajar macam mana nak guna pedal, ayat-ayat seperti forward n backward bum bum dan lihatlah wajah ceria, time nie leh lah sengih sengih huhu. Memang best giler, air sejuk..jernih n bersih, kata guider tu, silap silap leh tangkap ikan keli guna pedal (hahaaha)..tapi ni kesah benar tau...gambar kat bawah ni..rasanyer tempat kitaowang rehat sebelum buat aktiviti "bum bum"..kat sungai geroh ni. ape yang difahami dari sesi taklimat tadi, sungai untuk aktiviti mempunyai 6 gred, dari gred tak berbahaya ke gred paling bahaya..ket mesia nie sampai gred/tahap 5 je. Sungai geroh adalah gred 3... bumm bumm diperatikkan apabila terdapatnya jurang..ntahlah caner nak cakap pun susah..korang datang la n experience sendiri..two thumbs up!!!..paling best dapat sijil..n lastly..bila dah habis aktiviti tu...makan nasi besr giler kat Adeline Resort.




























































1 comment:

PM said...

Our next monitoring to Ulu Geroh will be arrange next2 monitoring. hahaha. memang sonok trip ke sana!

-nani-