Sunday, August 30, 2009

Maxis dan 5S

Semlam tido jam 5 pagi after makan2 sket. Huiyoh memang aku tak ngantuk langsung. Mata terbuka aje. Walau bagaimanpun aku buat kerja kerja yang selama ini aku tak amik tau. Aku ni pengguna maxis, lepas je tukar line aku tak amik tau pun langsung feature line ni. Apa yang penting, habis je bulan dapat bil n bayar. 2 minggu sebelum tu aku kena approach oleh owang maxis untuk try Extra Ten. Lepas diterangkan aku on je services tu, sebelum ni aku dah apply for Extra SMS (boleh rebet balik) n Extra Weekend dimana kalau kita call weekend..bayar half je ..maxis 2 maxis. Bayaran RM8..oklah tu

Aku tak followup pun Extra Ten aku..hinggalah dapat bil..aku baru tau aku letak satu no je.. huhu..so arinie aku mengembleng tenaga dan usaha aku untuk meletakkan no yang seswai untuk dimasukkan kedalam maxis aku, ermm.. tak ramai yang lain guna no lain. but its ok, aku ader line lagi satu untuk sms diorang ehe..kira special la tu..

So, ari nie aku duk lepak rumah aje, sambil buat 5S kat meja aku, sisih, susun, sapu seragam, sentiasa amalkan..

Apa itu 5 S? (Skema jap)

PENGENALAN

Pengenalan globalisasi dan liberisasi ekonomi dunia menuntut setiap negara dan warganya berubah mengikut kehendak pasaran dan tuntutan pelanggan. Organisasi tidak mempunyai pilihan selain memperbaiki proses dan sistem penyampaian (delivery system) dengan mempertingkatkan kaedah dan pendekatan yang digunakan.

Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan serta suasana kerja yang kondusif merupakan asas dalam pengurusan kualiti organisasi ke arah mencapai prestasi cemerlang.

5S ialah kaedah/alat pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di negara Jepun. Amalan 5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada standard serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada pelanggan. Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Justeru Amalan 5S ini merupakan penggerak kepada inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.

Fokus utama amalan 5S :-

* Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja;
* Meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan; dan
* Meningkatkan keberkesanan operasi.

FAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

Faedah dari pelaksanaan Amalan 5S ialah :

* Tempat menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.
* Operasi organisasi menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.
* Hasilnya lebih nyata dan lebih banyak menjanakan idea yang bernas.
* Kerumitan kerja dapat dikurangkan.
* Kadar kerosakan mesin dapat dikurangkan.
* Kesilapan kerja dikurangkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing).
* Kaedah dan standard kerja lebih jelas.
* Kawalan stok yang lebih cekap.
* Pengurusan stok yang lebih berkesan.
* Penggunaan ruang kerja yang maksimum.
* Rungutan pelanggan dapat dikurangkan.
* Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
* Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
* Meningkatkan imej organisasi.


Aku rasa 5 s ni tak semestinya digunakan di dalam organisasi sahaja tapi untuk kehidupan kita supaya lebih teratur.. cam guna barangan ikea.. semua tersusun..bila nak carik barang on the spot guna. ini dapat emnjiatkan masa dan tenaga..so masa yanga ada tu boleh guna untuk berbuat perkara yang lain..i mean lebih berfaedah so hidup ni lebih organize sket..

1 comment:

Wa@Wawek@Siti ;) said...

Adoiii Sab! Too much information arr...huhuhu... :p