Monday, June 22, 2009

s.a.r.a.w.a.k voyage

Jumaat lalu aku berkesempatan ke Kuching, Sarawak. Walaupun pergi atas tiket kerja namun aku extendkan cuti sehingga ke hari ahad. Pada mulanya, aku rasa untuk tidak perlu memanjangkan cuti tapi setelah memikirkan sudah lama tidak berjumpa sepupu dan amat jarang sekali untuk turun ke kuching, maka niat untuk bercuti wajar diteruskan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi sugegestion untuk bercuti selama 2 hari di bumi kenyalan ini. Sepcial thanks goes to Kamjuriah yang sudi meminjamkan keretanya sepanjang cuti cuti Malaysia ni.

Day 1: irresistible moment

Antara tempat yang dikunjungi adalah kedai kedai berhadapan dengan waterfront, kuching dan juga waterfront itu sendiri. Ia merupakan tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.

Terdapat juga gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Apabila meneliti harga makanan sisetiap gerai makanan tersebut, didapati harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan. aku dan kawan kawan tidak melepaskan peluang untuk menaiki sampan yang menghubungkan waterfront kuching ke Kampung Melayu Boyan. Mengikut salah seorang cerita teman, jika pergi ke Kampung Boyang dengan menaiki kenderaan, jaraknya amat jauh dan memakan masa dalam 20-30 minit. Tambangnya masih lagi murah iaitu 40 sen sahaja. Hanya naik 10 sen je ( Ingat lagi masa pergi ke Sarawak pada tahun 2001). Mula mula agak goyah jugak naik sampan, sebenarnya pakcik sampan tidak menggunakan pengayuh sepenuhnya tetapi sampan tersebut dilengkapi oleh motor dan memakan masa hanya beberapa saat sahaja untuk sampai di seberang.

Setibanya kami diseberang, kami singgah ke kedai makan yang bernama Pak Lah Boyan, if I am not mistaken. Kami memesan beberapa makan tradisional sarwak iaitu Mi kolok. Agak sedap juga rasanya sambil menikmati keindahan pemandangan sungai kuching pada malam hari. Mengikut kata seorang teman, kampung Melayu ini agak terkenal kerana anda boleh lepak dan bersantai melihat pemandangan bandar Kuching pada waktu malam dari seberang Sungai ini. Dalam bersantai dengan teman-teman, bersms dengan teman teman yang lain sambil menceritakan apa yang terjadi pada ketika itu, terdetik sebentar dalam hati, sungguh bahagia hidup ini.

Day 2: Free Feeling..

Keesokkan arinya, kami memulakan perjalanan dengan pegi ke pasar satok. Perjalanan hanya mengambil 5-10 minit dengan menaiki teksi yang dipanggil oleh pihak pengurusan hotel dan tambang diantara 10-12rm bergantung pada penumpang dan pemandu also, I guess! Destinasi utama ialah denga mengisi perut kami dengan sarapan. Agak tidak susah mencari kedai disini disebabkan banyak restoren halal. Antaranya, Pee Jay Corner, Selera Fatima, dan sebagainya. Setelah bersarapan di Pee Jay Corner, kami berjalan jalan sambil mencari barangan yang boleh dibeli seperti cenderahati berupa magnet (tak lupa untuk menghadiahkan kepada member2), keychain, gelang kristal, kain pua kumbu, pelbagai jenis kraftangan sarawak dan pelbagai jenis lagi. Selain menjual barangan cenderamata, buah buahan, barangan basah turut dijual disini. Terutamanya ikan terubuk masin yang menjadi kewajipan bagi setiap pengunjung untuk membelinya. Peniaga di sini akan membungkus ikan terubuk di dalam kotak dan dibalut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubuk yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.

Kami mengisi perut lagi di kedai Selera Fatima, sungguh sedap dan menyelerakan. Harga juga berpatutan. Sedang dalam rancak berbual dengan kawan kawan. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan sepupu yang berada disana, beliau dengan seikhlas hati meminjam kereta untuk kemudahn kami berjalan jalan disekitar sarawak. Destinasi seterusnya, kami singgah ke Sarawak Tourism Federation berdekatan dengan kuching waterfront. Dikesempatan itu, kami berjumpa dengan Puan Angela yang sudi membantu kami tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Sarawak.

Kami meneruskan perjalanan kami ke pusat pembuatan pasu di Sarawak. Antara tempat yang saya dan kawan-kawan singgah ialah di Batu 4, atau Batu 4 1/2 yang terletak kira kira 25 minit perjalanan kereta dari bandar Kuching. Kawasan Batu 4 menempatkan beberapa kilang pasu terkenal di mana pasu pasu dibuat dan terus dijual di sini. Kami tidak berkesempatan untuk melihat aktiviti pembuatan pasu kerana sudah petang. Ia akan ditutup pada 5 atau 6 petang. Pasu dan barang-barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak yang menjadikannya bahan yang mesti ada dalam majlis majlis keramaian dan pesta seperti upacara Gawai, pengebumian serta perkahwinan. Tapi kini lebih popular dengan corak tumbuhan dan pua Kumba di mana para pengunjung bole membeli untuk dihadiahkan kepada teman teman.

Kami singgah sebentar di pangkalan waterfront lagi sambil menikmati suasana matahari terbenam. Kelihatan sayup sayup orang menunggu sampan unutk menyeberangi sungai balik ke rumah masing-masing.

Malam itu kami lepak di Jalan Datuk Ajibah Abol, berdekatan dengan Masjid Bahagian kuching. Di sana aku berkesempatan untuk makan kolok sapi. Rasanya agak sedap. Huhu. Entah asyik suka makan mi kolok sahaja.

Day 3: Trip to Sarikin

Seawal 5.30 lagi kami bertiga bangun untuk bersiap sedia ke Pasar Serikin. Mengikut cerita teman, Pasar Serikin hendakalah dikunjungi seawal 8 pagi bagi mengelakkan cuaca panas. Kami bertolak ke dari Hotel menuju ke Pasar Serikin sejauh 60 KM daripada bandar kuching yang mengambil masa 1 jam – 1jam setengah. Berpandukan peta disediakan oleh Puan Angela kami bertwakkal menyusuri jalan ke Pasar Serikin. Walau bagaimanapun, kami tersesat sedikit hingga ke Pekan Bau. Di sana kami menikmati sarapan di sebuah kedai makan, kalau tak silap saya Kedai Makan Siti. Sambil menikmati makanan, saya dan kawan2 sempat bertanyakan pekerja di kedai tersebut mengenai jalan masuk ke Pasar Serikin. Syukurlah, kami makan ke Pekan Bau terlebih dahulu sebab bila sudah sampai di Pasar Serikin, agak susah untuk mencari makanan, yang adapun, sebuah van bergerak yang membawa pelbagai jenis makanan tradisional untuk para pengunjung. Oleh yang demikian, pada sesiapa yang datang ke Pasar Serikin, seeloknya singgah ke Pekan Bau untuk makan dan kemudahan toilet kerana setiba di Pasar Sarikin, kemudah toilet amat terhad sekali. Walaubagaimanapun keramahan penduduk kampung serikin mesra dan kami bersyukur tiada apa apa yang buruk terjadi pada hari itu.

Kami mengambil keputusan untuk parking ditempat letak kereta yang disediakan walaupun terdapat ada kereta di sekitar jalan. Harganya amat murah iaitu RM2.00 sahaja. Selain kami, terdapat juga keluarga, bas pelancongan turut datang ke tempat tersebut.

Bagi mereka yang suka bershopping, nah inilah tempat bagi mereka. Semua barangan yang terdapat disini amat murah dan boleh ditawar sehingga ke harga yang berpatutan. Yang paling suka ialah barangan perkahwinan yang murah, yang boleh didapati sehingga separuh daripada harga yang sebenar yang dijual luar daripada Pasar Serikin. Cuaca agak redup dan ini menggalakkan kami lagi untuk berwindow-window shopping. Aku habis dalam RM100 jugaklah. Tak cukup..nasib baik hujung bulan. Huhu..

Dalam 11.30pg, kami bertolak balik dari Pasar Serikin ke Kuching untuk urusan check-out. Dalam perancangan sepatutnya, kami akan ke Sarawak Cultural Village, walaubagaimanapun, kami berasakan masa tidak cukup untuk pergi kesana. Maybe some other time.

Sebelum balik, kami berkesempatan untuk membeli barang barang yang dipesan oleh sahabat handai. Kami bertolak balik dari kuching airport pada jam 8.00 mlm. Sesungguhnya, peluang ke negeri orang harus di enjoy dan mempelajari budaya dan adat resam sesebuah negeri.

Hope you’ll enjoy with this pic.

.: visit to Atelier Society Kuching:.



.: Me @ Waterfront Sarawak:.


.: my companion :.



.:peace's creation:.


.:sunset @ waterfront:.



2 comments:

Unknown said...

wah-wah...jalan sakan dkt kuching ya..nk juga rasai pegalaman mcm tue..dari apa yg sab citer mcm nampak happy..tapi xpa lh..selagi kita ada kudrat, selagi kita ada kemampauan untuk bergerak terus..apabila kita dh tiada kenikmatan itu lg kita tidak mampun untuk merasai semua itu..so jangan lepas kan peluang yang ada ini...

inafarhana said...

dalamnyer pemikiran haniff ye.. thanks