Monday, August 12, 2013

Fokus terhadap Kerja

Setelah cuti lama berhari raya..maka tiba masa untuk bekerja semula. Terasa diri sangat-sangat tiada mood untuk bekerja. Disertakan tips untuk dikongsi dan dijadikan panduan bersama..Insya Allah

1. Merancang malam sebelumnya:
Perancangan malam sebelumnya adalah cara yang baik untuk mendapatkan fokus pada hari berikutnya. "Tidur" pada tugas-tugas dan matlamat anda untuk hari berikutnya benar-benar boleh membantu minda anda menjangkakan apa yang akan berlaku. Ia akan menyegarkan minda anda untuk fokus terhadap kerja.

2.  Mulakan dengan hari yang baik:
Memulakan hari dengan sarapan yang baik, sekiranya mempunyai masa, digalakkan membuat senaman ringan dalam menetapkan hari anda untuk lebih produktif.

3. Bersihkan diri anda:
Anda lebih cenderung untuk menjadi produktif sekiranya diri anda  dalam keadaan terbaik. Bukan hanya untuk bekerja sahaja tetapi membuat tugasan-tugasan lain (aktiviti mengemas rumah, mini projek, tugasan kuliah & sebagainya). Ini akan meningkatkan kualiti kerja. Ambil masa untuk membersihkan diri anda sebelum bekerja keras pada hari tersebut.

4. Bahagikan kepada tugas-tugas kecil:
Untuk memulakan satu-satu tugasan yang besar, bahagikan kepada tugas-tugas/tindakan yang lebih kecil. Pastikan langkah-langkah tindakan (senarai semak) adalah  tindakan kecil. Sebagai contoh mudah, tugas untuk mengadakan rumah terbuka, cuba bahagikan kepada “bajet”, “senarai menu”, “bilangan tetamu”, “rancang masa memasak”, “lokasi” dan sebagainya.

5. Keteraturan / tertib:
Jangan bebankan diri anda dengan membuat semua tugas dalam masa yang sama. Wujudkan aturan/tertib kerja yang seuai dengan anda dan seterusnya dapat mengekalkan fokus anda.

6. Menetapkan had masa:
Menetapkan had masa untuk menyiapkan tugasan adalah cara untuk kekal bermotivasi dan memberi tumpuan kepada tugas. Manusia pada hakikatnya lebih terarah untuk bersikap menangguhkan kerja. Dengan menetapkan had masa, sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan.

7. Kekal bermotivasi:
Kadang kala, ada seketika anda tidak dapat menumpukan perhatian anda kepada kerja. Anda boleh mengekalkan motivasi anda dengan membaca bahan bahan rujukan bercirikan motivasi dan ini akan menjadikan anda bersemangat dengan minda yang tersedia dan sebagai peringatan terhadap kerja anda.

8. Niat
Apa yang paling penting niat kita untuk bekerja kerana Allah.  


No comments: