Tuesday, December 7, 2010

A Trip to Bandung

Pada awalnya penerbangan kami adalah pada pukul 3.30ptg 28 November 2010. Namun begitu, emel yang diterima daripada AirAsia menyatakan bahawa penerbangan ditunda pada pukul 7.00ptg. Kira oklah, sebab malam sebelum tu pun pergi ke Istana Budaya menonton teater Natrah. Memang best, especially bila tengok Maya Karin berlakon sebagai Natrah. Lancar & berkesan lakonan teaternya.

♥♥♥ Natrah Theater ♥♥♥

Bila sampai je kat airport (dihantar oleh opsimate), penerbangan dimaklumkan sekali lagi mengalami kelewatan. Kami hanya berlepas tepat pada pukul 8.30mlm. Kelihatan pramugara/ri melayan QZ7594 sebaik yang mungkin walaupun terpancar keletihan yang amat disebabkan cuaca yang tidak memuaskan di Bandung dan memaksa penerbangan ditunda. Bayangkan penerbangan ketiga (akhir) yang sepatutnya berlepas 7.00mlm..hanya akan berlepas pada pukul 11.00mlm. Penerbangan kami mengambil masa 2 jam dan sepatutnya sampai pada pukul 9.30mlm waktu Bandung atau WIB.

Sesampai di Bandung, kelihatan memang baru lepas kena hujan. Terus sahaja berbaris untuk pemeriksaan passport oleh pegawai2 imigrasi. Agak canggih juga di mana muka kita akan digambar bagi tujuan keselamatan. Selepas tu, terus je cari kaunter teksi untuk ke Hotel Patradisa. Dalam Rp.35,000, kira kira RM10 duit kita. Pak teksi tersebut sungguh ramah dan mesra, lembut sahaja berbicara, orang sunda..memang betullah ..orang sunda memang sopan dan lembut. Hotel Patradissa terletak di Jalan Wastukencana berdekatan dengan Pasar Baru & Bandung Indah Plaza @ BIP. Sesampai je kat Hotel, memang letih giler. Masuk bilik terus buat apa yang patot and tido.

♥♥♥ both of us ♥♥♥


Day 1

Subuh disini seawal jam 4.30pagi..memang awal giler. Pagi tu dengan bantuan orang Hotel, kami menuju ke BIP. Dalam perjalanan ke sana kami sempat singgah Masjid Agung berdekatan dengan Hotel tersebut. MAsjd Agung adalah antara bangunan bersejarah di Bandung dimana ianya telah dibina pada tahun 1812 dan mengalami pelbagai peristiwa dan telah diubahsuai pada tahun 1900. Kami bergambar-gambar di sekitarannya dan di jenjantas.

♥♥♥ Masjid Agung ♥♥♥

♥♥♥ Jejantas ♥♥♥

Kami sempay singgah di BIP..dimana sepanjang tgh hari kami lepak di BIP sambil online di Dunkin Donut. KAmi sempat membeli simpati simpack berharga Rp. 15 k dengan pulsa sebanyak Rp 5k. Selepas ronda2 di BIP, kami naik teksi ke Dapur Sangkurian @ Sari Pawon.

Setiba di Sari Pawon, kami memsan lauk sup ikan gurimi, ayam penyek, banyak lagi, tapi tak ingat namanya nasi, jus alpukat & jus jeruk .. semuanya dalam Rp. 132 k lebih kurang dalam RM42 memang banyak dan sedap..

Tak jauh dari Sari Pawon kami menuju ke Rumah Mode, banyak baju dalam Rp. 99 – 220 k dijual di sini, kualitas nya ok dan designnya macam baju luar Negara tapi agak tinggi juga harganya, average dalam Rp. 150 k.. dalam RM50. Kami bergambar lagi..

♥♥♥ Sari Pawon ♥♥♥

Dalam perjalanan balik ke Hotel, macam macam gelagat manusia boleh diperhatikan. Betul kata orang luas perjalanan..luas pandangan dan dapat buka minda kita seluas-luasnya dan kenal diri kita dengan sedalam-dalamnya. Balik ke hotel naik teksi dalam Rp. 20 k, penat. Habis untuk Hari first.

Day 2-3

Konvesyen di Institut Teknologi Bandung memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Institut Teknologi Bandung merupakan institusi teknologi yang tertua di Indonesia. Telah dibina pada tahun 1918 di mana bentuk bangunan terutamanya West Hall & East Hall bercitikan Sumatran Barat. Teksi dari Hotel Patradissa ke ITB adalah dalam Rp. 10 k – 20 j bergantung kepada jem..tapi kalau jem yang amat sangat hanya dalam Rp. 12 k. Jangan lupa tanya pasal Argo (meter) ya!.

Day 4

Selepas konvensyen tersebut kami sambung membeli-belah di Pasar Baru. Kata orang kalau mahu berbelanja disini ke tawarkan harga habisan. Contohnya telekung travel dari Rp. 45..berjuang habisan sampai Rp. 30 K..tak taulah kalau dapat lebih murah daripada tu, sila inform ye..hehe, lagipun jalan berdua nie selalu sangat jadi tarikan penjual keychain dan beg.. memang susah sangat nak jauh dari diorang. Tapi at least diorang buat benda tak baik & carik rezeki, tolak dengan baik (memang payah), hati kena kebal.

Pastuh beli 4 telekung dalam Rp. 300 k huhuhu.. tak tau ok ke tak..sebab memang dah minta kaw2. Lain2 blouse, baju suite, baju pasang.. memang banyak yang best2 disini. Cuma kena tau tawar. Ilmu tak cukup untuk menawar.

Kitaowang sampai 2 kali pegi pasar baru, sebab? Banyak sangat barang, sib baiklah teksi dalam Rp. 10 k untuk sekali. Huhu.. perlu tau yang Pasar Baru nie tutup agak sharp pada pukul 5.00 petang, so shoppinglah sebelum waktu tu, nak makan..makan kemudian ya.. J… Keluar je pasar baru, mesti bertarung dengan si penjual beg ..and kitaowang lekas2 amik teksi balik.

Malam itu tidur dengan keletihan yang amat.

Day 5

Huhu.. rasa macam tak puas je. Harap2 Airasia delay, tapi dah minta tolong adik checkkan emel kalau kalau airsia antar makluman kelewatan. Tapi takde, so penerbangan mengikut jadual. Huhu..sedih gak.

Sampai je Bandara/Airport…terus check-in. Untuk membuang masa, pihak airport memang menyediakan computer berinternet untuk penumpang2. At least tak bosan sangat.

Alhamdulilah sampai ke Tanah Air tepat pukul 3.30pth waktu Malaysia….

Next time, nak arrange lagi ke Bandung. Insya Allah yang lebih baik… Amin..

p/s ada sesiapa nak ikot?

2 comments:

Wa@Wawek@Siti ;) said...

Bestnye, Sab!!! Nak ikot! Nak ikot! Huhuhu... miss u! Take care! xoxo

inafarhana said...

wawaaa, bila dueee..? congrates wa!! miss u too..