Thursday, July 2, 2009

Keseronokan Bekerja - Takutkan Kamera ilaahiah


by Mohd Zawawi Yusoh

Tazkirah Remaja: Usah takut CCTC, takutkan kamera ilaahiah



Islam sebagai agama lengkap dan terkini merakamkan berpuluh ayat dalam al-Quran menekankan dan mengutamakan pekerjaan.


Bertuah benar mereka diraikan ini iaitu pekerja sama ada pekerja syarikat swasta ataupun pekerja kerajaan. Semuanya menyumbang.


Bekerja bukan sahaja dapat gaji dan prestij, tetapi bekerja itu satu nikmat kerana antara kenikmatan dan keseronokan dalam kehidupan ini ialah apabila kita bangun tidur sahaja ada tempat yang akan kita tuju iaitu ke tempat kerja.


Cuba kita lihat berapa bosannya hidup ini apabila kita tak ada tempat yang kita boleh pergi. Mereka yang tak ada kerja bukan sahaja tertekan, tetapi juga malu kerana berlengkar di rumah saja.


Saya bekerja ini sebab ‘cari makan’, ‘dah terpaksa nak buat macam mana kena sara keluarga’, ‘saya nak khidmat kepada masyarakat.’Begitulah ungkapan yang sering kedengaran daripada pe kerja apabila ditanya apa tujuan mereka bekerja.


Jom kita muhasabah diri mengenai kerjaya kita!


Pernahkah kita tahu bahawa matlamat hidup dan bekerja ada yang lebih utama dan lebih besar daripada sekadar cari makan dan membangunkan negara.Kalau nak tahu matlamat hidup dan bekerja jangan tanya kita, tetapi tanyalah Pencipta kita. Jawapan Pencipta adalah tepat, malah bukan sekadar tepat sahaja, tetapi menjamin kejayaan lebih mutlak iaitu berjaya dunia dan akhirat.Pencipta kita ialah Allah. Jawapannya terkandung dalam kitab suci yang penuh keajaiban.


Maksud firman Allah:


Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaku


Makna daripada ayat itu ialah bagaimana nak jadikan segala aktiviti hidup kita sebagai ibadat, 24 jam sebagai ibadat. Memang kena beribadat sepanjang masa sebab kita di ciptakan hanya untuk beribadat. Yang ibadat memanglah ibadat. Solat adalah ibadat dan ketika solat memang kita rasa sedang beribadat. Ketika berpuasa kita rasa sedang beribadat. Ketika menunaikan haji kita rasa sedang beribadat sebab haji adalah satu ibadat.


Penting sangat di sini ialah bagaimana segala aktiviti kita yang lain, sekali pandang tidak berwajahibadat seperti makan, minum, berjalan, berhibur, bersukan dan segalanya mesti ‘adjust’ biar bertukarsupaya mempunyai nilai ibadat sebab kita dicipta supaya beribadat. Dalam Islam, syarat pertama untuk menjadi pekerja ibadat ialah kena jadi hamba Allah.


Apabila sudah menjadi hamba Allah barulah kita layak memegang jawatan sebagai khalifah. Khalifah bermaksud pemegang amanah atau apa sahaja tugas yang diamanah kan.


Hari ini pekerja yang ponteng, curi tulang, rasuah dan sebagainya ialah kerana mereka hanya pegang amanah, tetapi masih tak dapat ‘title’ hamba Allah. Hamba Allah ialah segala kerja berasaskan yang wajib mesti buat, manakala yang haram mesti tidak buat.


Suruhan majikan, taat pada bos adalah wajib sebagaimana taat pada Allah selagi tidak bercanggah dengan kehendak Allah.


Mereka meninggalkan larangan di organisasi bukan ta kutkan tindakan disiplin sahaja, tetapi kerana arahan bos yang paling atas iaitu Allah. Jadi walaupun tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang mengintip pekerja ketika bekerja, tetapi ‘kamera ilaahiah’ intipan Allah dengan keagungan-Nya membuatkan pekerja berbuat dan meninggal larangan tanpa pengawasan majikan.


Mereka bukan sahaja takutkan kena tindakan disiplin apabila berbuat salah, tetapi yang lebih menakutkan mereka ialah azab neraka. Bagi pekerja yang berjiwa hamba Allah kerja adalah tanggungjawab. Tanggung kerja betul-betul nanti jawab betul di hadapan Allah. Jika tidak betul kerja nanti jawab juga tidak betul di hadapan Allah.


Untuk menjadikan sebarang aktiviti sebagai ibadat ada enam syarat.


Pertama: ikhlas dan ikhlas itu ada dua makna buat kerana Allah dan satu lagi rasa bersama dengan Allah. Apabila rasa Allah bersama kita, di sinilah datang kualiti, tidak tipu, tiada curi tulang dan sebagainya.


Kedua: kerja yang dilakukan mestilah halal.


Ketiga: proses mendapatkan hasil mesti betul.


Keempat: dibuat dengan ‘itqan’ iaitu dengan bersungguh-sungguh dengan EMPAT E iaitu ‘effort’ (usaha), ‘efektif’ (berkesan), ‘efficient’ (cekap) dan ‘etika’.


Kelima: ada prinsip beragama. Bermesyuarat, mesyuarat juga, tetapi jangan sampai tidak mengerjakan solat. Kerja jangan sampai tidak tutup aurat dan sebagainya.


Keenam: jika ‘input’ (masukan) baik dan betul, maka cara menggunakan hasil usaha pun dengan cara yang betul.

No comments: