Saturday, July 4, 2009

Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiaan



Bersabarlah, kerana seseungguhnya Allah akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan. Mudah mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.

Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika (Dr. Dicks) mengatakan: "Kehidupan yang bahagia adalah sesni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu:

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat waktu terluang.

2. Perhatikan kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali hal yang sudah berlalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandangkan orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang, dan berteman dengan orang orang yang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakan berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

Ref: Jangan Bersedih - Jadilah wanita yang paling bahagia



p/s whoaaaaaaaa... x sabar nak OS esok

No comments: