Friday, July 10, 2009

S.e.m.p.o.r.n.a - M.a.b.u.l - S.i.p.a.d.a.n

Kali ini aku OS ke Sabah, bumi kelahiranku tapi apa yang menariknya aku berkesempatan ke Semporna. Untuk ke Semporna, ia mengambil masa 1 jam dari Lapangan Terbang Tawau. Semporna seperti namanya bermaksud “sungguh sempurna” dan dikenali dengan kawasan yang berair jernih, pasirnya keputih putihan, kawasan kepulauannya yang mempunyai banyak terumbu, paya bakau dan lambaian pepohon kelapa yang menyempurnakan lagi kawasan tersebut.

Daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber pelbagai, daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Disini terdapat 49 pulau keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung orang-orang tempatan. Tatkala, pemerhatian dialihkan ke lautan terbentang luas, ia bagaikan satu lukisan yang mana air laut sejernih kristal yang bertukar dari hijau zamrud ke hijau tua, dari biru muda ke biru tua. Dasar lautnya jelas kelihatan dengan terumbu karang, ikan-ikan berwarna-warni dan pasir halus memutih bagai melambai-lambai perasaan anda untuk sama-sama terjun menikmati keindahan alam semulajadinya.


Kawasan ini juga sesuai dengan penanaman rumpai laut dimana kedudukannya yang strategk sebagai lading penananam yang terbaik rumpai laut berkemungkinan kerana berkongsi plat lautan dengan selatan Filipina dan Utara Sulawasi. Ia merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Antara faktor yang menyebabkan fenomena sebegitu kerana kandungan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi dan tidak terdedah kepada perlabuhan kapal kapal besar yang mungkin akan memudaratkan kawasan persekitaran tersebut.


Setelah tugas selesai dengan jayanya, aku n kawan2 yang lain tidak melepaskan peluang untuk menerokai lautan yang sebelum ini hanya dilihat di TV. Perjalanan daripada jeti ke Pulau Mabul hanya mengambil masa selama 45 minit. Syukur alhamdulilah keadaan laut masa tu cukup tenang dan cuaca pada hari itu amat redup seolah-olah mengamit kedatangan kami ke sana. Agak keriangan juga kami menempuh ombak laut sambil memerhati bot bot lain yang pastinya mempunyai arah dan tujuan yang berbeza.


Geli hati ketika melihat ekspresi muka yang berbeza2 apabila melihat keindahan saujana memandang di lautan sulu. Antara percaya atau tidak, kami tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan sebagai kelengkapan wajib untuk dipatuhi, niat di hati mesti diteruskan.
Ini antara gambar gambar yang sempat aku snapkan buat tatapan semua.






.: Sipadan of Sipadan:.


.:coral site of Sipadan:.


.:my adorable friend's with lanscape of sipadan:.


.: @ mabul :.


.:delighted food:.


.: pasar pagi @ perkampungan bajau laut:.

.: @ pulau pasir putih :.

.: at loading bay b4 the journey:.


.: so delighted :.

No comments: