Saturday, July 11, 2009

Manusia bermuka-muka a.k.a bertalam talam

Talam, bukan sebarangan dulang atau kuih talam ye.

Ini talam baikkk punyer.

Talam dua muka dipanggil.

Kadang2 orang macam ni pintar amat.

Pintar memusingkan fakta, ligat dalam permainan kata2 baik dari susunatur ayat, intonasi, kontonasi dan juga kata hubung.
Pintar dalam mengaturacarakan satu kisah.
Pintar dalam menentukan persoalan hidup yang kekadang dia sendiri tidak pasti arah matlamat hidup dengan hanya ingat kepentingan diri sendiri.

Agak sukar bersemuka dengan golongan ini jika ada permasalahan yang berlaku. Pastinya mereka akan tonjolkan diri mereka yang terbaik di hadapan kita dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Sebarang nasihat atau teguran...mengalahkan kaunseling bertauliah. Bila dah dijerat dek lidah bercabang (ntah baper cabangnyer), mulala tunjuk sedih, minta maaf la, dan contoh kata kata seperti..”saya ngaku mungkin ada salah dari pihak saya”, stoppp... mereka adalah talan dua muka..n adakah kita rasa yang dia ni 100% bener..dan bolehkah kata kata itu boleh dipercayai?

Basicnya, kita sebagai manusia yang berlogika seharusnya memberi peluang kepada mana pihak pihak tertentu untuk bersuara. Kita still lagi boleh ambil kata kata mereka ini, tapi apa yang penting (kerjesameeee..) kita haruslah berhati2 dan tidak mempercayai bulat2 kata kata mereka. Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali....untuk mengelakkan diri kita dianiaya secara tak langsung atau diperguna pada hari yang dia rasa dia nak guna kita. Walaupun hari itu kita tak tau.

Maaf ye...orang-orangan seperti ini jugaklah yang bersandarkan alasan untuk mem”please”kan orang, meninggalkan ”good impression” dengan mengambil hati semua orang, tak mau bermusuh2 (alahai..alahai) tapi tanpa disedari, segala pergaduhan dan perselisihan sesama kaum diantara puncanya adalah pembabitan individu tersebut.


Kunun2 setia, setia la sangat, tapi belakang bukan main, bercakap macam apa yang disampaikan tu betul, tak fikir apa dah. Apa yang insan2 ni tau, dia blh sampaikan apa yang dia nak sampaikan tanpa dia sedar apa yang dia sampaikan itu boleh mengundang pergaduhan yang besar. orang yang tidak ada kena mengena pun terbabit sama disebabkan lidah yang bercabang 14 tu.


But, i’m not mind.. @ all

Coz, what comes around goes around. What you give to get it back my dear!!

Tuhan Maha Adil. Hidup ibarat roda, kekadang kita kat atas n kekadang kita kat bawah..dan jarang sekali fikir kita berada di tepi roda.

Yezza, bila fikir macam tu hati jadi tenang. Dan seharusnya ketenangan dalam kadar besederhanaan itu penting.

Itulah sebuah hakikat kehidupan. Aku akui kekadang perkara itu diluar kawalan kita hanya batas fikiran sahaja yang boleh mengekangnya.

Akhir kata...

Doaku untukmu sentiasa dalam keadaan bersejahtera... Amin.


p/s terasa nak makan kuih talam

No comments: