Wednesday, September 23, 2009

the ugly truth...it is really true?

Baru baru nie sempat gak tgk wayang, the ugly truth..rasanya dah lama dah kat wayang almaklumlah bulan puasa langsung tak masuk wayang. Bole dikatakan banyak perkataan2 nya agak kasar jugalah dan amik masa yang agak lama untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pelakon2 tersebut. Ceritanya agak stereotaip sedikit tapi diberi nafas baru mengikut situasi dan lokasi dimana cerita itu. Ianya berkisar seorang wanita yang sedang mencari pasangan dan pada masa yang sama menghadapi pelbagai cabaran ditempat kerja, berhadapan dengan teman sekerja yang tidak sehaluan dan seterusnya mendapat pasangan hasil daripada bantuan yang tidak sehaluan itu tadi..n tipikalnya wanita dan teman yang tidak sehaluan tadi akan bersama akhirnya?..walla.. hehe..memang sudah diagak..tapi aku harapkan kelainan pada pengakhiran cerita tersebut... Walaupun, agak konservatif sedikit tapi tidak dinafikan sebahagian daripadanya ada yang berlaku dikalangan kita. Dialog2nya yang yang mempunyai perkataan2 kurang sopan menyebabkan penonton berasa jengkel bila melihat begitu banyak dialog2 sedemikian. Rasanya penonton2 lebih suka cerita yang agak "cerdik" untuk mendalami cerita dengan lebih mendalam.

pada pendapat aku, sesiapa yang agak berani..bolehlah tonton filem nie...dan mendapat mesej2 tpikal yang disampaikan..

p.s tak terbaca baca lagi buku why men love b****h..bahaya



No comments: