Saturday, October 3, 2009

kisah jiran

pagi pagi masa aku nak jemur kain, aku ternampak kain merah terikat kat pagar besi rumah aku. Ekk..kain ape nie..aku tgk jiran jiran aku yang lain pun ader, dan ade khemah besar depan umah aku, aku ingatkan kenduri ape jiran aku nie...rupa rupanya ader kenduri kematian. Jiran aku ni orang cina, so aku pun browse kat tenet kenapa kain merah tu diikat, owh patutlah, kain merah ni diikat supaya elakkan jiran2 yang berdekatan dengan rumah tu daripada mendapat nasib malang, kira bertanggungjawap juga diorang nie, kesah lagi pasal jiran2 yang lain. so, rasanya takyah bukaklah kot, biar jelah lagipun untuk islam takde makna ape ape.. kan?.. huhu..

so, aku pastekan adat adar resam orang cina untuk tatapan semua;

• Mayat dipakai dengan pakaian yang cantik dan bagi mayat wanita mayat dipakaikan dengan aksesori.
• Mayat dimandikan dan disapu dengan minyak wangi.
• Mayat akan dimasukkan kedalam keranda. Bagi yang kaya, diukir bersalut logam (menunjukkan kedudukannya semasa hidup).
• Kaum keluarga dan sahabat dikehendaki untuk meratapi pemergian simati dan menangis dengan kuat apabila simati diletakkan diruang tamu sehingga diusung ke kawasan perkuburan (diselit dengan kata-kata yang menunjukkan simati telah membuat jasa.
• Mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati dalam perjalanan pegebumian. Tangisan yang kuat digalakkan bagi menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat.
• Mayat dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
• Ketika diiring kekawasan perkuburan, pelbagai lagu dimainkan seperti lagu agama, tradisioal cina dan kegemaran simati sebagai lambang kesedihan
• Ahli keluarga simati memakai baju berwarna hitam dan dilarang memakai baju bercorak bunga
• Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa ketas bersalut logam akan dicampak sepanjang perjalanan untuk memastikan roh boleh berjalan pulang kerumah berpandukan kertas tersebut.
• Semasa pengebumian, pelbagai harta simati dimasukkan.
• Kawasan perkuburan yang strategik penting, melambangkan kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah mati.
• Setelah itu, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung.
• Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat.
• Isteri atau suami yang kematian pasangan akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai tanda berkabung.

2 comments:

Lee said...

Hello Ina, I love your name and you have a beautiful blog.
Have a nice weekend and keep a song in your heart, Lee.

Sabrina Farhana said...

thanks uncle..ur blog very impressive.. all about life..n love